FacebookInstagramTwitterContact

 

Results of Closed Tender for Vehicle Registration Number           >>           Earn Income through Content Creation           >>           Hari Raya Must-Haves and Favourite Food           >>           Decorative Lights add Cheer to Hari Raya Celebration           >>           Disposal Service for Books & Papers containing Quranic Verse           >>           Business resume operations           >>           Back to Work after Hari Raya Holiday           >>           Handover of Brunei Green Economy Framework Report           >>           Tahlil Ceremony           >>           The Sweet-Smelling Honeysuckle Has A Variety Of Medicinal Benefits           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memperingati Penubuhan 25 Tahun STAR


 


 November 28th, 2022  |  13:39 PM  |   152 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Pengajian Islam melalui Bahagian Pelajaran Lanjutan pada hari ini meraikan seramai 111  pelajar pada Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR) yang diselajurkan dengan Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sijil Pelajar Tahun II STAR.

 

Majlis berlangsung pagi tadi di Surau Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna, Kawasan Brunei I.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta khatam dan diteruskan dengan bacaan Doa Khatam.

 

Acara disusuli dengan persembahan bacaan Haflah dan penyampaian Sijil Tamat Tahun II yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

 

Pada majlis berkenaan juga, tetamu kehormat majlis turut dibawa mengunjungi galeri pameran terdiri daripada Galeri Ristaan, Galeri Persembahan, Galeri Terbuka / Simulasi dan Galeri Liputan Media.

 

Tujuan majlis berkenaan diadakan adalah sebagai tanda kesyukuran dan memperingati serta mengimbau kembali penubuhan STAR berkenaan semenjak ia dibentuk pada tahun 1997 sebagai satu platform untuk mencungkil dan mengasuh bakat kanak-kanak remaja hingga menjadi belia dan dewasa pelapis qari dan qariah negara.

 

Majlis berkenaan juga bertujuan untuk menghargai penglibatan kanak-kanak remaja untuk berjinak-jinak dengan pembacaan Al-Quran secara bertaranum dan memastikan bahawa semua pelajar STAR secara berterusan membaca Al-Quran sepanjang dua tahun mengikuti pembelajaran.

 

Majlis seumpama berkenaan juga dihasratkan akan menjadi medium pembarigaan kepada masyarakat khususnya kanak-kanak remaja di Negara Brunei Darussalam untuk menceburkan diri dalam bidang bacaan Al-Quran secara bertaranum.

 

Di samping itu, ia adalah sebagai petunjuk pihak jabatan melalui Bahagian Pelajaran Lanjutan, Jabatan Pengajian Islam untuk memacu ke arah melahirkan generasi penerus dalam bidang bacaan taranum.

 

Turut hadir, para jemputan khas, para pegawai dan kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, para mantan tenaga pengajar dan mantan lepasan pelajar STAR serta ibu bapa pelajar yang diraikan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Chinese Internet Amused By Building That Looks Like Sanitary Pad

 2024-04-16 23:58:01

Scottish Power Pays £300 To Customers After Overcharging

 2024-04-17 00:46:50