Home > Bahasa Melayu
Kejohanan BFA World Cup 2022
November 28th, 2022 | 13:41 PM | 252 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bagi menyemarakkan lagi musim Piala Dunia yang sedang berlangsung di Qatar, Brazilian Football Academy, BFA Sendirian Berhad menganjurkan Kejohanan BFA World Cup 2022.
Kejohanan berkenaan berlangsung pagi tadi di Peak Club, Berakas.
Antara yang menyertai kejohanan berkenaan, anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman dan anakanda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad 'Aamir.
Bagi Kategori Bawah 8 Tahun, tempat pertama dimenangi oleh pasukan Korea Selatan manakala pasukan Brazil pula di tempat kedua, sementara tempat ketiga ialah pasukan Switzerland.
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad 'Aamir menyertai pasukan Switzerland.
Enam kategori dipertandingkan secara Round Robin, iaitu Kategori Bawah 6 tahun, 8 tahun, 10 tahun, 12 tahun, 14 tahun dan 16 tahun.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]