FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Piala FA Brunei 2022 : DPMM FC Mara Ke Perlawanan Akhir


 


 November 28th, 2022  |  13:43 PM  |   288 views

BERAKAS

 

 

DPMM FC berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA Brunei 2022 setelah menang bergaya ke atas Kota Ranger FC dengan keputusan 2 - 0 yang berlangsung petang tadi di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.

 

Berangkat menyaksikan perlawanan berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

Berangkat sama ialah anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.

 

Menerusi kemenangan tersebut, DPMM FC mencatat kemenangan agregat 3 - 0 ke atas Kota Ranger FC.

 

Ini adalah susulan daripada kemenangan DPMM FC, 1 - 0 ke atas Kota Ranger FC pada minggu lalu di Jerudong Park Mini Stadium.

 

Gol daripada DPMM FC masing-masing dijaringkan oleh Muhammad Shahrazen Said dan Abdul Azizi Ali Rahman.

 

Pada separuh masa pertama menyaksikan DPMM FC dengan bijak mengawal permainan dan seterusnya berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-20 menerusi Muhammad Shahrazen.

 

Selang 11 minit kemudian, DPMM FC seterusnya berjaya menggandakan jaringan mereka menerusi Abdul Azizi pada minit ke-31.

 

Pada babak kedua perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun nasib tidak memihak kepada Kota Ranger FC setelah Badrul Bujang dilayangkan kad kuning kedua dan diarahkan untuk keluar padang pada minit ke-70 berikutan kekasaran kedua yang dilakukannya terhadap pemain penyerang DPMM FC.

 

Kad merah berkenaan menyebabkan keadaan di dalam padang semakin sengit dengan DPMM FC terus sahaja mengawal permainan namun gagal untuk memanfaatkan kelebihan berkenaan dan keputusan berakhir 2 - 0 sehingga wisel penamat ditiupkan oleh pengadil.

 

Pada perlawanan akhir Piala FA Brunei 2022 bakal menyaksikan DPMM FC akan menentang Kasuka FC. Pada perlawanan separuh akhir kelmarin Kasuka FC terikat 1 -1 dengan MS ABDB dan mara dengan agregat 3 - 1 ke perlawanan akhir.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16