Home > In The Court
Dadah : Perempuan Tempatan Dipenjara 3 Tahun
December 2nd, 2022 | 09:06 AM | 1791 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang perempuan warga tempatan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun bermula 28 November 2022 di Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan.
Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menjatuhkan hukuman kepada Hajah Sudayawati binti Haji Suhaimi 49 tahun kerana didapati melakukan kesalahan memakan dadah terkawal, Kelas 'A', Methylamphetamine di Jalan Singa Menteri, Kuala Belait.
Defendan kemudian dibawa oleh Pegawai-pegawai Biro Kawalan Narkotik, Kuala Belait bagi ujian air kencing dan didapati positif dadah.
Defendan juga mempunyai rekod dadah di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah Seksyen 6 (b) Penggal 27.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor' Adliatul Hidayah binti Haji Mohd Zaidi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]