Home > Bahasa Melayu
Hari Sukan IBTE Kampus Sultan Bolkiah Galakkan Gaya Hidup Sihat
December 2nd, 2022 | 09:10 AM | 204 views
LUMUT
Hari Sukan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Bolkiah Tahun 2022 merupakan salah satu aktiviti tahunan yang penuh bermakna bagi menggalakkan para tenaga pengajar dan pelajar bergiat aktif dan menjadikan sukan sebagai gaya hidup yang sihat, selain memupuk semangat perpaduan di antara warga kampus.
Hari sukan tersebut berlangsung selama dua hari, bermula hari ini, di Kompleks Sukan Batalion Lumut.
Pelancarannya disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, IBTE, Dr. Haji Mohd. Zamri bin Haji Sabli selaku tetamu kehormat.
Acara dimulakan dengan perarakan rumah-rumah sukan, terdiri daripada Pasukan-pasukan Pahlawan, Panglima, Perkasa dan Perwira.
Acara-acara yang dipertandingkan, termasuk acara balapan dan padang, seperti larian 50 meter (m), 100m, 200m dan 400m; juga lompat jauh; 'relay'; lempar cakera (discus); lontar lembing (javelin); dan lontar peluru (shot put).
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]