FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


30 Peserta Kursus EDP Diraikan


 


 December 2nd, 2022  |  10:00 AM  |   203 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Majlis Penutup bagi Program Perkembangan Eksekutif (EDP) bagi Dasar Awam dan Pengurusan bagi Pegawai-pegawai kanan Kerajaan Ke-17 anjuran Kementerian Pertahanan telah diadakan pada hari ini di Mes Pegawai, Bolkiah Garison.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir.

 

Terdahulu, tetamu kehormat majlis dalam ucapannya menekankan mengenai kepentingan program ini dalam peranannya menjadi satu landasan ke arah perkembangan pegawai-pegawai kanan dan sebagai mendukung usaha untuk memastikan kecemerlangan dalam kepimpinan dan perkembangan profesional.

 

EDP Ke-17 ini telah menyaksikan seramai 30 peserta kursus telah berjaya menamatkan pengajian mereka yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan.

 

Kementerian Pertahanan juga turut menjemput dan membiayai tiga peserta dari luar negara iaitu Republik Indonesia, Kesultanan Oman dan Republik Singapura.

 

Pada tahun ini, EDP telah dikembalikan pengendaliannya secara fizikal yang mana pada tahun lepas ia diadakan secara dalam talian. Program selama tiga bulan yang disampaikan oleh Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKYSPP) National University of Singapore ini dihasrat untuk menyediakan pengetahuan dan latihan kepada pegawai-pegawai kanan mengenai perspektif dan rangka kerja konsep dalam bidang dasar awam dan pengurusan.

 

Para peserta juga diberi peluang untuk membuat lawatan ke kementerian-kementerian kerajaan yang terpilih dan juga didedahkan dengan ceramah-ceramah khas oleh penceramah tempatan dengan harapan untuk mengukuhkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai persekitaran strategik Negara Brunei Darussalam melalui proses-proses pembentukan dasar sejajar dengan Wawasan Brunei 2035.

 

Pada majlis tersebut, Pemangku Pengarah Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB), Awang Haji Abdul Malik bin Haji Kamis dalam kata alu-aluan memaklumkan mengenai usaha berterusan Institut untuk terus meningkatkan kualiti program ini dalam jangka masa yang panjang.

 

Ini diikuti dengan ucapan daripada Profesor Madya Eduardo Araral dari LKYSPP serta Leftenan Kolonel Mohammed Shalleh bin Haji Ismail wakil peserta EDP, di mana beliau mengongsikan pengalaman para peserta di sepanjang program tersebut.

 

Turut hadir, Pemerintah ABDB, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, wakil dari Kedutaan Kesultanan Oman di Negara Brunei Darussalam, dan Setiausaha-setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan dan wakil-wakil daripada pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan.

 

Sejak dirasmikan pada 2004, seramai 417 pegawai kanan telah berjaya menamatkan EDP ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19