FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


'Fun At The Hub' Meriahkan Cuti Hujung Tahun


 


 December 2nd, 2022  |  10:03 AM  |   191 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Aktiviti 'Fun At The Hub' sempena cuti penggal persekolahan penghujung tahun 2022 menggalakkan orang ramai, terutama penduduk setempat mengunjungi Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja untuk mengetahui Sejarah Negara Brunei Darussalam sebelum serta selepas penemuan minyak dan gas bagi memupuk penghargaan terhadap khazanah warisan negara.

 

Dianjurkan oleh Jabatan Muzium-Muzium dengan kerjasama Sparks Co., aktiviti ini beroperasi setiap hari kecuali Isnin, bermula hari ini hingga 18 Disember 2022, antara jam 2.00 petang hingga 9.00 malam.

 

Perasmian 'Fun At The Hub', disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

 

Turut hadir, Setiausaha-setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) serta Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; serta Timbalan Setiausaha Tetap dan Pengarah-pengarah, di KKBS.

 

Aktiviti ini turut melibatkan jabatan-jabatan dalam Sektor Kebudayaan, iaitu Bahagian Kebudayaan dan Kesenian; Pusat Sejarah Brunei; serta Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Aktiviti tambahan juga disediakan bagi menarik minat orang ramai untuk hadir dan mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijadualkan sepanjang acara berkenaan.

 

Dengan penyediaan aktiviti tersebut, ia turut mendukung matlamat Keluarga Kebangsaan, yang memfokuskan pada tema ''Bersama Memeduli Keluarga'' bagi menggalakkan setiap ahli keluarga meluangkan masa berkualiti bersama.

 

Matlamat yang ingin dicapai ialah menyatukan, menyantunkan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dengan penuh rasa kasih sayang, tanggungjawab serta memupuk rasa hormat-menghormati dalam diri setiap keluarga.

 

Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja dibukakan untuk kunjungan orang ramai di antara jam 9.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari kecuali Isnin; manakala Jumaat, ia beroperasi bermula jam 2.00 petang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53