FacebookInstagramTwitterContact

 

Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>           Joe Biden signs the bill that could ban TikTok in the United States           >>           EU's new right-to-repair rules force companies to repair out-of-warranty devices           >>           Yokohama F. Marinos Do It The Hard Way But They Are Finally In An AFC Champions League Final           >>           HernĂ¡n Crespo Exacts Revenge On Al Hilal As Al Ain Reach AFC Champions League Final           >>           PSV Want USMNT's Dest Despite Confirming Serious Knee Injury           >>           Late Milik Strike Sends Juventus Into Coppa Italia Final           >>           Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BDF Ke-6, Ekspo Produk Tempatan Buka Tirai


 


 December 2nd, 2022  |  10:06 AM  |   308 views

JERUDONG

 

Pesta Disember Brunei atau Brunei December Festival (BDF) membuka tirai hari ini dengan Majlis Pelancaran BDF Ke-6 dan Ekspo Produk Tempatan 2022 yang julung kalinya dianjurnya bersama oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Darussalam Enterprise (DARe).

 

Ekspo Produk Tempatan 2022 yang akan berlangsung selama empat hari mulai hari ini di Dewan BRIDEX 1 dan 2, Jerudong menyaksikan sebanyak 211 buah syarikat mengambil bahagian dalam ekspo ini untuk mempromosikan dan menjual produk dan barangan keluaran pengusaha tempatan.

 

Syarikat-syarikat berkenaan terdiri daripada produk Pertanian dan Agrimakanan; Perniagaan, Perbankan dan Kewangan; Pembinaan dan Reka Bentuk Dalaman; Produk dan Perkhidmatan Hiliran; Fesyen dan Pakaian; Perikanan dan Pemprosesan Ikan; Makanan dan Minuman; Pelancongan dan Hospitaliti; Pengangkutan dan Logistik; Telekomunikasi dan Produk Kreatif; Produk Perkayuan; dan lain-lain.

 

Turut menyertai ekspo ini juga adalah Majlis-majlis Perundingan Kampung (MPK) yang mempromosikan produk-produk '1 Kampung 1 Produk (1K1P)'.

 

Hadir selaku tetamu kehormat bersama melancarkan BDF Ke-6 dan Ekspo berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin serta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Setiausaha Tetap KSSUP, Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab, selaku Pengerusi Bersama Ekspo Produk Tempatan 2022 yang antara lain mengongsikan, selain jualan produk dan perkhidmatan, beberapa sesi taklimat juga akan diadakan semasa berlangsungnya ekpso berkenaan, iaitu perkongsian topik-topik seperti cara merebut peluang perniagaan dan kerjaya, penjenamaan dan pemasaran dan keusahawanan yang menumpukan kepada pasaran eksport.

 

Dayang Hajah Tutiaty menambah, sempena cuti persekolahan hujung tahun ini, pihak hotel dan penyedia-penyedia perkhidmatan pelancongan tempatan juga telah menyediakan pakej-pakej menarik sempena musim cuti persekolahan bulan Disember 2022 yang dihasrat untuk menggalakkan rakyat dan orang ramai bercuti dan berbelanja di dalam negara.

 

“BDF juga adalah peluang bagi mencungkil bakat-bakat para belia tempatan dalam menonjolkan kreativiti melalui pelbagai penganjuran acara dan aktiviti yang bermanfaat. Melalui penganjuran BDF ini juga dijangka akan dapat merangsang aktiviti ekonomi, menjana pendapatan dan pekerjaan dalam kalangan belia, dan pada masa yang sama juga akan dapat meningkatkan jumlah kedatangan pelancong antarabangsa dengan adanya pakej-pakej dan acara menarik," jelasnya.

 

Acara kemudiannya diteruskan dengan Majlis Perasmian Penaiktarafan Aplikasi Mudah Alih PenggunaBijak oleh Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

 

Objektif utama ekspo ini adalah untuk menyediakan platform bagi pengusaha-pengusaha tempatan, mempromosikan dan meluaskan lagi pasaran produk secara langsung kepada pembeli; mengetengahkan dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai produk/barangan yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha tempatan; memberikan peluang kepada para pengusaha tempatan untuk menjana pendapatan sekali gus meningkatkan dan mengembangmajukan rangkaian perniagaan melalui taklimat dan seminar keusahawanan serta aktiviti-aktiviti 'networking' dan 'business matching'.

 

Pelbagai aktiviti menarik juga diadakan untuk kunjungan orang ramai sesuai untuk seisi keluarga seperti 'skating, quizzes, face painting,' pertandingan makan, demonstrasi produk-produk dan lain-lain.

 

Majlis pelancaran ini juga menandakan bermulanya pesta yang dinanti-nantikan orang ramai iaitu BDF Ke-6, 2022 yang menawarkan pelbagai acara dan aktiviti menarik sepanjang musim cuti persekolahan bulan Disember.

 

BDF adalah acara tahunan KSSUP melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan bertujuan untuk menggalakkan rakyat dan orang ramai bercuti dan berbelanja di dalam negara sekali gus mempromosikan Negara Brunei Darussalam sebagai salah satu destinasi pelancongan.

 

Ekspo Produk Tempatan ini disokong oleh Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Datastream Digital Sdn. Bhd., Brunei Methanol Company (BMC), Royal Brunei Culinary (RBC) dan Brunei Halal.

 

Ekspo Produk Tempatan 2022 dibukakan untuk kunjungan orang ramai bermula pada 1 hingga 4 Disember 2022 dari jam 9.00 pagi sehingga 9.00 malam.

 

Keterangan lanjut berkenaan ekspo ini boleh didapati di laman media sosial Instagram '@localproductexpo.bn'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19