Home > Bahasa Melayu
Peluang Ikuti Kempen Derma Darah
December 4th, 2022 | 16:40 PM | 287 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan, akan mengadakan Kempen-kempen Derma Darah sebagaimana yang telah dirancangkan oleh pusat berkenaan dan kempen tersebut adalah dibukakan bagi penyertaan orang ramai.
Kempen-kempen tersebut akan diadakan pada Isnin, 5 Disember 2022 bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang di Tingkat 1, Kompleks Annajat, Beribi anjuran Kompleks Annajat dan diteruskan lagi pada Selasa, 6 Disember 2022 bermula jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Muara yang dianjurkan oleh DBP.
Kemudian kempen diteruskan lagi pada Khamis, 8 Disember 2022, 10.00 pagi hingga 2.00 petang di Restoran Soto Pabo, Jalan Kota Batu, Kampung Pintu Malim anjuran Soto Pabo dan Sabtu, 10 Disember 2022 10.00 pagi hingga 2.00 petang di Lantai Bawah, Maju Mators Showroom, The Mall Gadong anjuran Maju Motors Sdn. Bhd.
Tempahan slot derma darah melalui aplikasi Bloodkad bagi Kempen Derma Darah tersebut adalah sangat digalakkan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pendermaan Darah menerusi talian +673 2242424 sambungan 5745 atau WhatsApp +673 8775745 / +673 7375745 atau e-mel kepada '[email protected]' dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook, '@bloodbank.ripas'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]