FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tutong Buzz meriahkan BDF 2022


 


 December 4th, 2022  |  16:45 PM  |   376 views

TUTONG

 

Daerah Tutong tidak ketinggalan memeriahkan Festival Disember Brunei (BDF) 2022 dengan menganjurkan Tutong Buzz yang berkonsepkan bazar hujung minggu di kawasan jeti Pekan Tutong di sepanjang bulan Disember ini.

 

Sehubungan itu, majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri selaku Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong.

 

Sebanyak 36 petak bagi tujuan jualan dan aktiviti disediakan oleh pihak penganjur untuk dimanfaatkan oleh penduduk-penduduk setempat seperti Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), pengusaha Satu Kampung Satu Produk (1K1P) menjual pelbagai jenis makanan dan kulinari, kraf tangan serta aktiviti-aktiviti sampingan berbentuk riadah dan pelancongan yang boleh menyumbang kepada meningkatkan sosioekonomi di Pekan Tutong.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Badan Kemajuan Kreatif Daerah Tutong (BKK), Muhammad Amir bin Haji Umarali selaku Pengerusi Bersama Tutong Buzz 2022, antara lain mengongsikan projek berkenaan merupakan salah satu inisiatif berterusan pihak-pihak yang berkepentingan untuk mewujudkan suasana yang kondusif dan ceria di Pekan Tutong sebagai pilihan destinasi yang menarik untuk dikunjungi oleh orang ramai, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi di kawasan perbandaran Tutong.

 

Dengan slogan 'Keceriaan bermula di sini', Tutong Buzz juga merupakan platform bagi penganjuran acara-acara rasmi di peringkat daerah dan kebangsaan seperti Tutongku Ceria, Kempen Hari Bertindak (DOA) Hari Sukarelawan Antarabangsa dan sebagainya, yang dikendalikan oleh agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta pihak NGOs.

 

Penganjuran dengan pendekatan senegara seumpamanya, tambahnya, dihasratkan dapat mewujudkan kerjasama erat pihak kerajaan dengan pihak-pihak yang berkepentingan ke arah perkembangan dan kemajuan kawasan pembandaran Pekan Tutong melalui penganjuran acara-acara berkonsep, sebagai usaha menjadikan Pekan Tutong sebuah bandar yang 'variant', selamat dan bersih sejajar dengan pengiktirafan yang diterima iaitu ASEAN Clean Tourist City 2022 - 2024.

 

Projek anjuran Jabatan Bandaran Tutong dengan kerjasama Jabatan Daerah Tutong dan BKK Daerah Tutong melalui AIZ Event and Management tersebut akan diadakan selama empat minggu berturut-turut iaitu pada setiap Sabtu dari jam 3.00 petang hingga 11.00 malam dan Ahad bermula jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam.​

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17