Home > Sports
AMEC : Pasukan Negara Bertolak 12 Disember
December 9th, 2022 | 08:04 AM | 2591 views
BERAKAS
Pasukan Kebangsaan Brunei Darussalam akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk menyertai perlawanan bola sepak AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 (AMEC), pada 12 Disember ini.
Perlawanan pertama dijadualkan berlangsung pada 20 Disember 2022 di antara pasukan kebangsaan Brunei Darussalam menentang Thailand, yang akan diadakan di Stadium KLFA Cheras, Kuala Lumpur.
Perkara ini dijelaskan oleh Pegawai Media Pasukan dan Pengurus Kelengkapan, Awang Muhammad Azim bin Hamzah ketika ditemu bual Pelita Brunei semasa latihan, di Padang Belapan Berakas.
Menurutnya, hasil persiapan yang dibuat sejak dua hari lalu, pasukan kebangsaan Brunei Darussalam berharap akan bermain dengan baik semasa menentang pesaing mereka dalam perlawanan tersebut.
Jelasnya, perlawanan nanti akan menjadi pembakar semangat buat pasukan negara dan menjadi titik permulaan yang baik.
''Saya sangat berharap semua pemain akan menunjukkan disiplin dalam perancangan serangan dan sistem pertahanan yang ditetapkan dengan penuh keyakinan,'' tegas beliau lagi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]