FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Cungkil Bakat Baharu Dalam Bola Sepak


 


 December 27th, 2022  |  10:32 AM  |   2274 views

TUTONG

 

Persatuan Bola Sepak Amatur Daerah Tutong (TDAFA) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) menganjurkan Karnival Bola Sepak Bawah 12 (B12) Daerah Tutong yang diisikan dengan pelbagai 'fun games' yang menjurus kepada sukan bola sepak dan aktiviti kecergasan.

 

Sempena karnival berkenaan, TDAFA juga mengelolakan perlawanan bola sepak lima sebelah yang disertai oleh enam buah pasukan, iaitu Tekiding FT; Petani Boys FT; Panthers FT; Tutong Junior FT; B8 Junior FT dan Pelandok FT.

 

Keadaan padang yang berlumpur dengan hujan yang turun sejak awal pagi, tidak mematahkan semangat para pemain cilik di Daerah Tutong untuk memberikan saingan yang hebat sesama sendiri.

 

Perlawanan diadakan secara 'round robin' selama tujuh minit bagi setiap permainan, yang berkesudahan Tutong Junior FT menang setelah berjaya menewaskan Petani Boys FT pada perlawanan peringkat akhir dengan jaringan enam gol tanpa balas.

 

Juara membawa pulang medal dan piala iringan yang disampaikan oleh Yang Di-Pertua TDAFA, Awang Haji Takong bin Ahmad.

 

Menurut Ketua Bahagian Pembangunan Bola Sepak Akar Umbi di Jabatan Pembangunan Teknikal di FABD, Haji Rozaimienizam bin Haji Jainal semasa ditemu bual Pelita Brunei, penyertaan FABD dalam karnival berkenaan antara lain bertujuan untuk mengundang para penonton, terutamanya ahli keluarga yang datang menyokong anak-anak mereka dalam perlawanan bola sepak, untuk sama-sama membuat aktiviti yang menyeronokkan, di samping berpeluang memenangi hadiah yang disediakan.

 

“Permainan yang disediakan adalah berkaitan dengan sukan dan bola sepak seperti menggelecek bola, melompat, perlawanan dua lawan dua dalam pagar, dan lain-lain permainan yang boleh diubah suai mengikut kesesuaian," jelasnya.

 

Penganjuran perlawanan bola sepak seumpamanya katanya lagi, diharapkan akan dapat melahirkan banyak bakat baharu dalam bola sepak daripada peringkat akar umbi, dalam usaha mendukung serta memberikan galakan kepada para pemain bola sepak bawah umur 12 tahun.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12