FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



National


  Home > National


UNISSA Terbitkan 26 buah Buku Terbaharu


DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro-Canselor UNISSA berkenan menyaksikan buku-buku yang baharu dilancarkan.|FOTO: PELITA BRUNEI (Masri Osman)

 


 October 14th, 2016  |  07:30 AM  |   1059 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 12 Oktober. - Sebanyak 26 buah buku terbaharu terbitan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dilancarkan hari ini dalam Majlis Perasmian Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-6 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 

Berangkat merasmikan pelancaran buku-buku terbitan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro-Canselor UNISSA.

 

Sebanyak 26 buah buku terbitan telah dilancarkan iaitu sebuah jurnal, sebuah kamus, empat buah monograf (sebuah dalam Bahasa Melayu dan tiga buah dalam Bahasa Arab), manakala 20 buah lagi adalah buku-buku ilmiah terdiri daripada 11 buah buku dalam Bahasa Arab, enam buah dalam Bahasa Melayu dan tiga buah dalam Bahasa Inggeris.

 

121016 MASRI16 DPMM

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah berkenan merasmikan Pelancaran Buku-Buku Terbaharu terbitan UNISSA.

 

Jurnal yang dilancarkan dalam Majlis Perasmian Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-6 UNISSA ini ialah Jurnal UNISSA bilangan 4 terdiri daripada tujuh artikel.

 

Manakala kamus bertajuk Kamus Istilah Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud, Qisas dan Takzir) mengandungi istilah-istilah syarak berkaitan dengan undang-undang jenayah Islam dan merupakan kajian komprehensif daripada penulisnya dan sangat bermanfaat untuk memahami istilah-istilah berkaitan dengan undang-undang jenayah dalam Islam.

 

Empat buah siri monograf juga diterbitkan yang mana antaranya ialah Siri Pertama monograf, hasil tulisan Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned yang bertajuk Natijah Amali Kaedah-Kaedah Berfatwa Dalam Disiplin Berfatwa Mazhab Syafi'i.

121016 MASRI3 DPMM

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah semasa berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-6 UNISSA yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 

Sebagai usaha berterusan dalam memberikan penerangan kepada masyarakat, sebuah buku berisi kumpulan artikel yang dibentangkan dalam kursus Melayu Islam Beraja (MIB) anjuran Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa juga diterbitkan pada kali ini iaitu buku bertajuk 'Menghayati Pemahaman MIB' terdiri daripada 7 artikel yang disediakan oleh pensyarah UNISSA dan pensyarah jemputan.

 

Pendapat ahli tatabahasa Bahasa Arab terhadap Qira'at (cara-cara bacaan) Al-Quran Al-Karim yang ditulis oleh Pensyarah UNISSA juga diterbitkan dalam Bahasa Arab dengan tajuk Al Qira'at al-Quraniyyah wa mauqif al-nahwiyyin Minha.

 

Sebuah buku yang dihasilkan daripada kajian lapangan oleh beberapa penyelidik dari Sabah, Malaysia dan Brunei juga diterbitkan dengan buku berjudul; Menguasai SPSS dengan mudah.

 

121016 MASRI29 DPMM

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah berkenan mengabadikan gambar kenangan bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Perasmian Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-6 UNISSA.

 

Di samping itu, dua buah buku hasil penyelidikan di bawah Geran Penyelidkan UNISSA juga diterbitkan masing-masing bertajuk Ketokohan dan Sumbangan Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr) Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz Dalam Bidang Ilmu dan Penyelidikan dan Nazariyah al-Adab al-Islami lada al-'Arab wa al-Miliziyyin:'Ard wa Tahlil (Teori Sastera Islam Dalam Pandangan Orang Arab dan Malaysia: Perbincangan dan Analisis).

 

Selain itu, terdapat juga terbitan berasal daripada tesis-tesis sarjana dan ijazah doktor falsafah antaranya ialah Gharq Safinah Van Der Wick (Tenggelamnya Kapal Van Der Wick) tesis sarjana Bahasa Arab di UNISSA.

 

Bertepatan dengan tema Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-6 iaitu berkenaan dengan keusahawanan dan ekonomi, tiga buah buku berkait dengan kewangan Islam turut diketengahkan iaitu Bicara Perbankan Islam, Kad Kredit Mengikut Pandangan Islam dan buku suntingan 'Islamic Financial Literacy'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06