Home > In The Court
Didenda Kerana Miliki Barang Tegahan
January 20th, 2023 | 09:20 AM | 613 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Akibat memiliki barang tegahan, seorang lelaki warganegara Taiwan, dikenakan denda BND186,400.00 atau 24 bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut di Mahkamah Majistret hari ini.
Hukuman diputuskan oleh Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006.
Tertuduh, Mohd Zain bin Abdullah @ Wu Kuo Zhao, berumur 54 tahun, didakwa atas satu pertuduhan, kerana memiliki 193 karton rokok berbagai jenis.
Defendan ditangkap semasa Operasi Sepadu Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bersama Pegawai Biro Kawalan Narkotik (BKN) di sebuah rumah kembar di Kawasan Perumahan STKRJ Rimba, Gadong pada 18 Ogos 2020, jam 3.30 petang.
Kesemua barang yang terlibat, iaitu rokok dihukum rampas untuk diserahkan kepada kerajaan bagi tujuan dimusnahkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]