Home > In The Court
Tinggal Lebih Masa : Dipenjara 4 Bulan
January 22nd, 2023 | 13:30 PM | 557 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang wanita warganegara Indonesia dijatuhkan hukuman empat bulan penjara, setelah mengaku bersalah di bawah Akta Imigresen.
Tertuduh, Sherley Fitri Yulianti (D2), berumur 40 tahun, dengan bilangan pasport B9471304, didakwa dengan kesalahan di bawah Bab 15 (1) Akta Imigresen, Penggal 17, kerana tinggal lebih masa di Negara Brunei Darussalam selama 524 hari setelah pas kerja D2 mansuh di bawah jaminan Restoran Shahzad.
Di dalam sistem Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), D2 juga merupakan seorang pekerja yang tersenarai yang dilaporkan lari daripada majikan.
Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni menjatuhkan hukuman ke atas D2 berkuat kuasa mulai 19 Januari 2023 di Mahkamah Majistret, di sini
Pendakwaan dijalankan oleh pihak Pendakwa Raya di JIPK, Md. Zul Azri bin Haji Ranee.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]