FacebookInstagramTwitterContact

 

Consumer Price Index, March 2024           >>           FIFA Seals Closer Saudi Ties With World Cup Aramco Deal           >>           Official Visit to the Kingdom of Thailand           >>           RBPRC Monthly Polo Tournament 2024           >>           China's Tiangong Space Station Damaged By Debris Strike: Report           >>           Wacom's first OLED pen display is also the thinnest and lightest it has ever made           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           How Al Pacino's Girlfriend Noor Alfallah Celebrated His 84th Birthday           >>           OpenAI's Sam Altman and other tech leaders join the federal AI safety board           >>           Ellen Degeneres Says She Was "Kicked Out Of Show Business" For Being "Mean"           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lipat Gandakan Pahala Pada Bulan Rejab


 


 January 23rd, 2023  |  09:39 AM  |   274 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Malam Munajat minggu ini memperdengarkan inti pati tazkirah bertajuk 'Menghormati Bulan-bulan Haram' yang disampaikan oleh Imam Tingkat III, Awang Muhammad Khaizuran Amali bin Haji Kamsani, dari Masjid Suri Seri Begawan Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis Madang.

 

Inti pati tazkirah berkenaan antara lain mengingatkan bahawa berbaki beberapa hari lagi kita akan memasuki bulan Rejab, iaitu bulan yang agung darjatnya di sisi Allah, yang menurut para ulama, ketaatan di dalamnya dilipatgandakan pahala, dan kemaksiatan di dalamnya diberatkan timbangan dosa.

 

Menurutnya lagi, bulan yang mana ia dimuliakan sudah dari zaman sebelum datangnya Islam, hatta dari zaman Nabi Ibrahim Alaihissalam lagi.

 

Tambahnya, Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah at-Taubah, ayat 36: (ta'awuz) yang ertinya: Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah 12 bulan, (Qamariah) dalam kitab (ketetapan) Allah ketika Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya empat bulan yang dihormati. Yang demikian itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya).

 

Sementara itu, Malam Munajat berkenaan turut mengundang tetamu khas, Penasihat Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Beribi, Dato Paduka Haji Othman bin Haji Yaakub, yang juga mengepalai bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, dari Masjid Kampung Beribi.

 

Juga menyertai acara berkenaan, Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Beribi dan Masjid Suri Seri Begawan Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis Madang, tenaga pengajar dan para pelajar Sekolah Ugama Menengah Rimba dan para belia Al-Jiilul Faatih dari Al-Huffaz Learning and Traning Centre.

 

Para jemaah daripada 102 buah masjid termasuk surau dan balai ibadat seluruh negara, serta warga Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) berserta keluarga daripada kediaman masing-masing juga tidak ketinggalan untuk sama-sama menyemarakkan lagi acara Malam Munajat berkenaan.

 

Sejurus selepas bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, acara diteruskan dengan bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai dipimpin oleh Tenaga Pengajar Sekolah Ugama Menengah Rimba, Awang Haji Muhammad Sani bin Haji Abd Karim, dari Dewan Fathul Busyra, Sekolah Ugama Beribi.

 

Diikuti dengan Doa Munajat yang dibacakan oleh Pegawai Pelajaran Ugama Kanan, Bahagian Kemajuan Syiar Islam, KHEU, Awang Hassan Baha bin Haji Umar, dari Masjid Kampung Beribi.

 

Sementara itu, bacaan Asma'ul Husna dipimpin oleh Pengerusi Pergerakan Belia Al-Jiilul Faatih Sesi 2022/2023, Awang Mohd. Amirul bin Haji Ismail, bersama para Belia Al-Jiilul Faatih dari Al-Huffaz Learning and Training Centre.

 

Bagi memberkati acara, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam (NBD) dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Awang Anuar bin Haji Salim, dari Masjid Kampung Beribi.

 

Malam Munajat mengajak orang ramai melipatgandakan amalan seharian dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, berdoa, berzikir dan beristighfar, semata-mata untuk memohon keampunan, perlindungan, rahmat dan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Di samping itu, berdoa agar rakyat dan NBD sentiasa terpelihara daripada sebarang musibah yang tidak diingini dan berjaya membendung penularan penyakit merbahaya seperti COVID-19.

 

Orang ramai sangat dialu-alukan untuk menyertai Malam Munajat dari mana juga mereka berada pada setiap Sabtu (malam Ahad) dengan melayari pautan 'http://tiny.cc/munajatkheu' atau melalui Instagram Pusat Da'wah Islamiah '@pdi_kheu'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54