FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BTP 2023 Bermula 24 Januari


 


 January 24th, 2023  |  09:48 AM  |   292 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, melalui Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan mengendalikan Banci Tahunan Perusahaan / Perniagaan (BTP) 2023 bagi Tahun Rujukan 2021 dan 2022 mulai 24 Januari 2023 hingga 28 Februari 2023.

 

BTP 2023 meliputi semua syarikat-syarikat perusahaan / perniagaan yang aktif menjalankan perniagaan di negara ini dan mengumpulkan maklumat mengenai jenis aktiviti ekonomi, bilangan pekerja, pendapatan dan perbelanjaan perusahaan / perniagaan.

 

Objektif utama BTP 2023 ialah untuk mengumpulkan maklumat terkini mengenai profil dan perkembangan aktiviti ekonomi syarikat-syarikat perusahaan / perniagaan sektor swasta, terutama sekali Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

 

Borangtanya BTP 2023 akan diedarkan kepada syarikat-syarikat perusahaan / perniagaan melalui pos, e-mel dan lawatan ke premis perniagaan oleh pekerja luar banci yang dilantik.

 

Pekerja-pekerja luar berkenaan juga akan membantu dan memberikan tunjuk ajar untuk melengkapkan borangtanya berkenaan jika diperlukan. Borang tanya BTP 2023 juga boleh dimuat turun dari laman sesawang JPES. Tarikh tutup untuk mengembalikan borang tanya yang telah diisikan dengan lengkap ke JPES ialah 28 Februari 2023.

 

BTP 2023 dijalankan di bawah Akta Perangkaan, Penggal 81 dari Undang-Undang Negara Brunei Darussalam. JPES ingin memberikan jaminan kepada semua syarikat-syarikat perusahaan / perniagaan yang terlibat bahawa maklumat yang dikumpulkan semasa banci ini akan disimpan sulit dan akan digunakan bagi keperluan perangkaan sahaja.

 

Adalah dimaklumkan bahawa menurut Bab 9 Akta Perangkaan, kegagalan atau keengganan untuk memberikan maklumat yang dikehendaki atau memberikan maklumat palsu adalah menjadi satu kesalahan yang membawa hukuman denda sebanyak BND4,000.

 

Hasil yang diperolehi melalui BTP 2023 akan dapat memberikan maklumat yang komprehensif dan terkini mengenai profil syarikat-syarikat perusahaan / perniagaan dalam membantu perancangan, penyelidikan dan penyediaan dasar berkaitan perkembangan sektor swasta sebagai penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

 

Selain itu, pihak syarikat-syarikat perusahaan/perniagaan juga boleh menggunakan data yang diperolehi daripada banci berkenaan untuk membuat keputusan dan merancang strategi perniagaan.

 

Sokongan dan kerjasama semua syarikat-syarikat perusahaan/perniagaan dalam memberikan maklumat yang dikehendaki adalah sangat diharapkan bagi sama-sama menjayakan banci ini.

 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BTP 2023 bolehlah dirujuk ke JPES melalui talian +673 2230275 atau +673 2233344 sambungan 647/661/662 (waktu pejabat) atau +673 8230275 / +673 8320275 / +673 8260276 atau e-mel ke '[email protected]' atau melayari laman sesawang 'https://deps.mofe.gov.bn'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17