FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kebawah DYMM Berkenan Kurniakan Ijazah Kepada 1,477 Graduan


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor UBD berkenan mengurniakan Ijazah Doktor Falsafah kepada salah seorang penerima. |FOTO : PELITA BRUNEI (Mohammad Azmi Awang Damit, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Mohd. Sahrizal Haji Said, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman, Muhammad Asri Haji Awang Abas)

 


 October 16th, 2016  |  11:30 AM  |   1002 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sabtu, 15 Oktober. - Majlis Konvokesyen Ke-28 Universiti Brunei Darussalam (UBD) tahun ini menyaksikan seramai 1,477 graduan daripada kumpulan GenNext keempat telah berjaya menerima ijazah dan diploma dalam bidang masing-masing.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor UBD berkenan menyempurnakan pengurniaan ijazah kepada graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing.

 

16102016 AMP UBD 3

KEBERANGKATAN masuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor UBD dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Pro Canselor UBD ke dalam Dewan Canselor, UBD.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Dewan Canselor, UBD, di sini, dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan Naib Canselor UBD, Datin Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abd. Aziz.

 

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Pro Canselor UBD.

 

15102016 AMP UBD 15

KEBAWAH DYMM semasa mengurniakan Ijazah Doktor Falsafah kepada salah seorang penerima.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Surah An-Nur dibacakan oleh Mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Sosiologi, Dayangku Fauziah Nadhirah binti Pengiran Haji Jofri yang pernah menjuarai beberapa pertandingan peringkat belia kebangsaan.

 

15102016 AMP UBD 17

KEBAWAH DYMM semasa berkenan menyempurnakan pengurniaan Ijazah Sarjana Muda kepada para graduan.

15102016 ASRI UBD 33

Diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Naib Canselor UBD yang antara lain menyembahkan beberapa perkembangan yang dilaksanakan oleh UBD semenjak konvokesyen yang lalu.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian berkenan mengurniakan titah dan menyempurnakan pengurniaan ijazah kepada 921 graduan mengikut bidang masing-masing terdiri daripada 28 graduan yang menerima Ijazah Doktor Falsafah dan 893 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda.

Tahun ini, pengeluaran graduan Ijazah Doktor Falsafah telah meningkat ke 28 penerima berbanding tahun lepas, iaitu hanya seramai 20 penerima.

15102016 FILA UBD 11

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro-Canselor UBD semasa berkenan bergambar ramai bersama Ahli-ahli Majlis, Ahli-ahli Senat Universiti serta Naib Canselor UBD.

 

Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz.

 

Kebawah DYMM juga berkenan berangkat menyaksikan pameran konvokesyen yang menumpukan pada Pelan Strategik Lima Tahun UBD (2016 - 2020).

15102016 RIZAL UBD 4090

DOA selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

UBD kini berada di kedudukan sebagai universiti teratas di Asia bagi 'student mobility' dalam Quacquarelli Symonds (QS) University Ranking selama dua tahun berturut-turut dan berada pada kedudukan pertama bagi kategori pelajar 'outbound', serta di kedudukan ketiga dalam kategori pelajar 'inbound'.

15102016 AZMI UBD 4

PARA graduan gembira setelah menerima Ijazah Sarjana Muda masing-masing.

15102016 AZMI UBD 5

 

Secara keseluruhan, UBD ditempatkan di anak tangga 123 teratas bagi Universiti di Asia, di tangga ke-11 bagi kategori fakulti antarabangsa, tangga ke-13 bagi nisbah pelajar fakulti dan di kedudukan ke-17 bagi kategori pelajar antarabangsa, yang mana ia menempatkan UBD sebagai salah satu universiti 20 teratas di Asia bagi lima kategori.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haniza Abdul Latif, Khartini Hamir, Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19