FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pastikan Program UBD Relevan


KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor UBD semasa bertitah pada Majlis Konvokesyen Ke-28, UBD |FOTO : PELITA BRUNEI (Mohammad Azmi Awang Damit, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Mohd. Sahrizal Haji Said, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman, Muhammad Asri Haji Awang Abas)

 


 October 16th, 2016  |  11:33 AM  |   1088 views

TUNGKU

 

Sabtu, 15 Oktober. - Adalah perlu bagi Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan institusi-institusi pengajian tinggi lain untuk memastikan program-program mereka sentiasa relevan dan berkualiti, bagi pengeluaran para graduan yang 'marketable' dan 'future ready'.

 

Ini termasuk kerjasama padu dengan 'stakeholders' yang relevan, seperti Majlis Perancangan Tenaga Manusia Kebangsaan yang baru ditubuhkan dan juga pelbagai industri untuk meningkatkan 'employability' para graduan.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Brunei Darussalam bertitah menekankan mengenai perkara tersebut pada Majlis Konvokesyen Ke-28 UBD yang berlangsung di Dewan Canselor universiti berkenaan, di sini.

 

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengenai 'employability', baginda sangat gembira mengetahui bahawa UBD telah merintis kerjasama dengan beberapa industri dari dalam dan luar negara.

 

Baginda turut difahamkan, terdapat pengeluaran pertama program Bachelor of Engineering bidang Chemical and Process Engineering hasil daripada salah satu kerjasama tersebut dan kesemua graduan yang berkenaan itu telah pun ditawarkan pekerjaan.

 

Menyentuh mengenai pekerjaan, titah baginda lagi, faktor kelayakan pasti berbangkit. Faktor kelayakan yang dimaksudkan itu ialah pembelajaran sepanjang hayat atau 'lifelong learning'.

 

Kebawah DYMM turut difahamkan bahawa UBD telah mengambil inisiatif untuk menyediakan peluang pembelajaran secara fleksibel kepada masyarakat umum dan baginda berharap itu semua akan dapat menyediakan akses yang lebih besar ke dalam pendidikan tinggi bagi semua rakyat dan penduduk tanpa perlu menangguhkan pekerjaan atau perniagaan mereka.

 

Dalam hubungan itu, baginda sudahpun memperkenankan penubuhan 'Centre for Lifelong Learning' atau singkatannya C3L yang akan menjadi pemangkin kepada pengajaran dan pembelajaran peringkat tinggi, meliputi pendidikan berterusan dan profesional.

 

''Beta percaya laluan atau akses ke arah ini, akan memberikan sumbangan signifikan kepada pembangunan negara dan ekonomi berteraskan pengetahuan atau 'knowledge-based society and economy','' titah baginda lagi.

 

Menyentuh mengenai ekonomi, kita adalah tidak terlepas dari impak ekonomi global yang mencabar, namun tegas Kebawah DYMM, kita tidak boleh berkompromi mengenai kepentingan pendidikan.

 

Bagi pengajian tinggi jelas baginda, penyelidikan dan penemuan ilmu pengetahuan atau 'knowledge discovery' adalah juga yang utama.

 

Penyelidikan itu penting, tegas baginda, untuk menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan bersama. Maka ke arah ini, baginda sangat ingin melihat bagi UBD menghasilkan penyelidikannya.

 

Selain dari aspek kualiti pendidikan dan hasil penyelidikan, perancangan hala tuju universiti secara keseluruhan juga perlu mencapai sasarannya, UBD dan institusi-institusi pendidikan tinggi saran Kebawah DYMM lagi adalah mustahak untuk melibatkan diri dalam proses perancangan strategik.

 

Sebagaimana baginda difahamkan, pada tahun ini UBD telahpun memulakan inisiatif-inisiatif di bawah pelan strategik lima tahunnya dari 2016 ke tahun 2020 yang dinamakan 'Towards 2020', baginda berharap inisiatif-inisiatif itu akan membawa UBD ke tahap yang lebih tinggi di masa hadapan.

 

Pada akhirnya, baginda mengucapkan tahniah kepada para graduan yang berjaya, namun dalam pada itu mustahak juga diingat tegas Kebawah DYMM, bahawa setiap graduan adalah perlu untuk memupuk jati diri yang baik serta mengekalkan identiti kebruneian yang berpaksikan Melayu Islam Beraja (MIB).

 

Selain itu, Kebawah DYMM juga ingin menekankan supaya kejayaan yang dicapai tidaklah akan disia-siakan, tetapi hendaklah digunakan untuk kebaikan dunia dan akhirat para graduan.

 

Baginda juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga UBD yang merangkumi Ahli-ahli Majlis, Ahli-ahli Senat Universiti, Naib Canselor, Pegawai-pegawai Utama, ahli akademik, pegawai dan kakitangan universiti atas segala sumbangan dan perkhidmatan mereka.

 

''Semoga Allah Subhanahu Wata'ala jua yang akan membalas mereka dengan ganjaran-Nya yang berlipat ganda,'' jelas baginda lagi.

 

Terdahulu sebelum itu, Kebawah DYMM dalam titahnya dengan sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para graduan di atas kejayaan mereka menamatkan pengajian masing-masing di universiti berkenaan dan baginda berharap dengan kejayaan itu, para graduan akan dapat menjadikannya sebagai pendorong untuk terus memperolehi kejayaan dalam bidang-bidang yang diceburi pada masa akan datang.

 

Baginda turut mengambil maklum bahawa pada tahun ini jumlah para graduan adalah paling besar sejak penubuhan UBD, meningkat sebanyak 31 peratus berbanding jumlah graduan pada tahun lepas.

 

Ini termasuk bilangan tertinggi penerima Ijazah Kedoktoran, iaitu seramai 28 orang dan peningkatan bilangan di peringkat pengajian tinggi, tegas baginda lagi adalah penting untuk menjana 'knowledge-based economy' dan daya saing negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19