FacebookInstagramTwitterContact

 

Microsoft Founder Bill Gates Said AI Could Decide 'Humans Are A Threat' And Turn On Us           >>           Children 'Disappointed' After Discovering Reality Of What 'End Of A Rainbow' Looks Like           >>           Daniel Radcliffe Expecting First Baby With Girlfriend Erin Darke           >>           Ice-T Shares His Steamy Secrets to Successful Marriage With Coco Austin           >>           Johnny Depp Shares About Life In Rural England And Being "Shy" During Rare Interview           >>           Firms Hit Back At Bank Governor In Prices Row           >>           Why Record-Breaker Cristiano Ronaldo Wants More Goals And Games To Keep Lionel Messi At Bay           >>           Columbus Hands Atlanta Worst-Ever Loss With 6-1 Thrashing           >>           Germany Kick Off Euro 2024 Rebuild With 2-0 Win Over Peru           >>           Morocco Beat Brazil For First-Time Ever To Build On World Cup Success           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


Let’s Raya 2023
April 13th, 2023 | 10:09 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:55 AM

Subuh

: 05:05 AM

Syuruk

: 06:22 AM

Doha

: 06:44 AM

Zohor

: 12:27 PM

Asar

: 03:32 PM

Maghrib

: 06:30 PM

Isyak

: 07:39 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelancaran Pusat Kecemerlangan Sejarah, Kesultanan Brunei Psb


 


 February 7th, 2023  |  14:42 PM  |   208 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sesuai dengan usia Pusat Sejarah Brunei (PSB) yang kini mencapai empat dekad, PSB akan mengadakan Majlis Pelancaran PSB sebagai Pusat Kecemerlangan Sejarah dan Kesultanan Brunei (PKSKB) sempena 41 tahun penubuhannya pada Khamis, 18 Rejab 1444 Hijrah bersamaan 9 Februari 2023.

 

Inisiatif PKSKB berkenaan merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Tindakan (Plan of Action) PSB 2021 hingga 2024 selaras dengan Pelan Strategik Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 2020 hingga 2024.

 

Majlis Pelancaran PKSKB juga akan diselajurkan dengan perasmian bilik rujukan khas sumber sejarah dan kesultanan Brunei yang dikenali sebagai Bilik Koleksi Sumber Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Profesor Kehormat Dr. Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri.

 

Perkara berkenaan dikongsikan oleh Timbalan Pengetua PSB, Awang Hanafi bin Haji Salleh pada Sidang Media yang berlangsung di Bangunan PSB, di ibu negara.

 

Menurut Awang Hanafi, Majlis pelancaran berkenaan nanti akan diadakan pada Khamis, 9 Februari 2023 bermula jam 9.30 pagi bertempat di Bangunan Pusat Pengkajian Borneo, Anggerek Desa.

 

Menyentuh mengenai perasmian bilik rujukan khas pula tambahnya, penubuhan bilik koleksi sumber berkenaan adalah untuk menjadi nilai tambah yang dapat menambah dan meningkatkan lagi kemudahan dan fasiliti perkhidmatan rujukan dan kajian di PSB khususnya sejarah dan kesultanan Brunei.

 

Bilik koleksi sumber berkenaan tambahnya, juga dihasratkan untuk mendekatkan masyarakat dengan sejarah tanah air serta menjadi sumber inspirasi kepada generasi pewaris untuk meneruskan legasi seorang tokoh sejarawan negara dalam mengakas dan membarigakan sejarah dan kesultanan negara.

 

Menurut Awang Hanafi lagi, lebih 3,400 koleksi peribadi Allahyarham Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Profesor Kehormat Dr. Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri ditempatkan di bilik rujukan khas berkenaan antaranya ialah buku manuskrip, salasilah, kertas kerja dan buku-buku penerbitan sepanjang Allahyarham berkhidmat di PSB.

 

“Adalah diharapkan bilik koleksi sumber ini akan dapat menjadikan PSB sebagai destinasi pilihan bagi institusi pengajian tinggi kerajaan dan swasta serta agensi kerajaan untuk mendapatkan rujukan dan sumber mengenai sejarah dan kesultanan Brunei ke arah meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang persejarahan negara," ujar Awang Hanafi.

 

Juga hadir pada Sidang Media berkenaan, Pemangku Timbalan Pengetua I, PSB, Muhd. Faisal bin Haji Mat Salleh; Pegawai Sejarah Kanan, Muhd. Syahmi bin Halimshah; dan Pegawai Sejarah, Dr. Mardiah binti Ramli.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Minister To Resolve Abandoned Star City Project

 2023-03-26 10:21:43

Gandhi Says Disqualification 'Politically Motivated'

 2023-03-26 13:42:59

Firms Hit Back At Bank Governor In Prices Row

 2023-03-26 14:17:05