FacebookInstagramTwitterContact

 

Guangdong Launches Four Major International Communication Platforms            >>           You-C1000 Basketball Cup           >>           Official Opening of Brunei Youth League           >>           Road Marking Works           >>           Basic Course Exercise           >>           Labour Offender           >>           Excise Order 2006           >>           School Twinning Programme           >>           Informative Society Programme           >>           Flag Hoisting Ceremony, Girl Guides Association of Brunei Darussalam           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


2023 BIMP-EAGA SPM Dirasmikan


 


 February 7th, 2023  |  14:58 PM  |   297 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Majlis pembukaan bagi merasmikan 2023 BIMP-EAGA Strategic Planning Meeting (SPM) berlangsung di Mulia Hotel, pagi tadi.

 

2023 BIMP-EAGA Strategic Planning Meeting diadakan selama tiga hari bermula hari ini dan berakhir pada 8 Februari 2023.

 

Pada majlis itu, Setiausaha Tetap (Ekonomi, Perdagangan dan Industri) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Dr. Dayang Hajah May Fa'ezah binti Haji Ahmad Ariffin dalam ucapan pembukaannya menekankan arahan-arahan dan cadangan-cadangan yang dikemukakan semasa Mesyuarat Menteri-Menteri BIMP-EAGA Kali Ke-25 termasuk Laporan Accelerating Cooperation Together BEV 2025 Mid-Term Review (MTR), dan keperluan untuk menyediakan asas bagi hala tuju BIMP-EAGA paska 2025.

 

Di dalam hal ini, Dr. Dayang Hajah May Fa'ezah menyatakan bahawa Forum Post Vision 2025 tersebut dijalankan tepat pada masanya yang mana ia akan menambah nilai kepada perbincangan substantif serta menjadi rujukan di dalam penggubalan agenda EAGA pasca 2025.

Para penceramah jemputan terdiri daripada Asian Development Bank, Sekretariat ASEAN dan United Nation Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP).

 

Mesyuarat 2023 BIMP-EAGA SPM pula akan membincangkan antaralain Rolling Pipelines of Projects (RPOPs) yang sedia ada, mengenal pasti RPOPs bagi tahun 2023 hingga 2025, dan pelan pelaksanaan projek-projek dan aktiviti-aktiviti berkenaan.

 

Perbincangan berkenaan akan memfokuskan kepada kualiti projek dan pelaksanaan yang efektif dan dapat menyumbang kepada pembangunan sub-serantau ini.

 

Permesyuaratan ini akan diakhiri dengan Mesyuarat Retreat Pegawai-Pegawai Kanan BIMP-EAGA yang akan diadakan pada 8 Februari 2023 yang mana akan membincangkan antara lain, inisiatif-inisiatif di bawah sub-serantau ini serta kerjasama Rakan Pembangunan BIMP-EAGA khususnya Northern Territory, Australia, Republik Rakyat China, Republik Korea dan Jepun.

SPM adalah mesyuarat tahunan yang bertindak sebagai platform bagi menyusun strategi keutamaan dan hala tuju di kawasan pertumbuhan ini untuk mengukuhkan lagi kerjasama BIMP-EAGA.

 

Ditubuhkan pada tahun 1994, BIMP-EAGA ialah inisiatif di antara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Republik Filipina untuk mempercepatkan pembangunan sosioekonomi di sub-serantau ini.

 

Turut hadir semasa perasmian berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Industri) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Awang Mohammad Harris bin Brigadier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Dalai Lama Confirms He Will Have A Successor After His Death

 2025-07-03 01:29:33

Heathrow Considering Legal Action Against National Grid Over Fire

 2025-07-03 02:12:45