FacebookInstagramTwitterContact

 

Microsoft Founder Bill Gates Said AI Could Decide 'Humans Are A Threat' And Turn On Us           >>           Children 'Disappointed' After Discovering Reality Of What 'End Of A Rainbow' Looks Like           >>           Daniel Radcliffe Expecting First Baby With Girlfriend Erin Darke           >>           Ice-T Shares His Steamy Secrets to Successful Marriage With Coco Austin           >>           Johnny Depp Shares About Life In Rural England And Being "Shy" During Rare Interview           >>           Firms Hit Back At Bank Governor In Prices Row           >>           Why Record-Breaker Cristiano Ronaldo Wants More Goals And Games To Keep Lionel Messi At Bay           >>           Columbus Hands Atlanta Worst-Ever Loss With 6-1 Thrashing           >>           Germany Kick Off Euro 2024 Rebuild With 2-0 Win Over Peru           >>           Morocco Beat Brazil For First-Time Ever To Build On World Cup Success           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


Let’s Raya 2023
April 13th, 2023 | 10:09 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:55 AM

Subuh

: 05:05 AM

Syuruk

: 06:22 AM

Doha

: 06:44 AM

Zohor

: 12:27 PM

Asar

: 03:32 PM

Maghrib

: 06:30 PM

Isyak

: 07:39 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Purata Kes COVID-19 Terus Menurun


 


 February 8th, 2023  |  10:02 AM  |   152 views

BERAKAS

 

Dalam masa 24 jam yang lalu, satu kes COVID-19 telah meninggal dunia di mana kes tersebut dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID-19.

 

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media Normal Baharu COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, petang tadi.

 

Yang Berhormat mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para salehin.

 

Pada Sidang Media itu juga, Yang Berhormat turut mengongsikan dalam masa satu minggu kebelakangan ini, kadar purata kes COVID-19 yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam terus menunjukkan penurunan yang mana kadar purata kes COVID-19 dalam masa satu minggu kebelakangan ialah 108 kes sehari, berbanding dengan kadar pada minggu sebelumnya, iaitu 122 kes sehari.

 

Sebanyak 32,615 keputusan ujian ART telah dimuat naik ke aplikasi BruHealth dalam masa satu minggu di mana 2.3 peratus daripadanya adalah keputusan ujian ART yang positif.

 

Walau bagaimanapun, pada hari ini tidak ada kes dilaporkan berada dalam Kategori 5 yakni yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU) manakala terdapat satu kes di dalam Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

 

“Namun sebanyak 122 kes baharu telah dilaporkan hari ini, iaitu 118 kes hasil ujian ART dan empat kes telah dikesan dari ujian-ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu," menurut Yang Berhormat lagi.

 

Sehingga kelmarin, 5 Februari 2023, kadar liputan vaksinasi COVID-19 di Negara Brunei Darussalam kekal berada di tahap yang tinggi dengan 79.1 peratus daripada keseluruhan rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan dos ketiga vaksin dan 11.9 peratus juga telah mendapatkan dos keempat.

 

Semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya sentiasa terpelihara dari segala bencana dan wabak penyakit serta berada di dalam perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala jua.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Minister To Resolve Abandoned Star City Project

 2023-03-26 10:21:43

Gandhi Says Disqualification 'Politically Motivated'

 2023-03-26 13:42:59

Firms Hit Back At Bank Governor In Prices Row

 2023-03-26 14:17:05