FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


SBYLEP Kukuhkan Hubungan Brunei – Singapura


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (duduk, tengah) bergambar ramai bersama para peserta Program Pertukaran Kepimpinan Belia Brunei - Singapura (SBYLEP).|INFOFOTO: PELITA BRUNEI ( Haji Ariffin Mohd. Noor, Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin )

 


 October 17th, 2016  |  10:16 AM  |   1205 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahad, 16 Oktober. - Belia seharusnya mempertahankan dan memperjuangkan nilai-nilai asas dan murni kebruneian bagi mengetengahkan Melayu Islam Beraja (MIB) sebagai tonggak dan asas kehidupan mereka walaupun didedahkan gaya hidup luar negara.

 

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menegaskan demikian semalam semasa Majlis Minum Petang bersama para peserta Program Pertukaran Kepimpinan Belia Brunei - Singapura (SBYLEP) di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Selain memberikan pendedahan, Yang Berhormat Pehin berkata duta-duta kecil (belia) dihantar menyertai program pertukaran berkenaan merupakan investment atau pelaburan negara kepada mereka.

 

Yang Berhormat Pehin menzahirkan keprihatinan pihak pengurusan terhadap para peserta dan seterusnya menyuntik semangat agar program dan aktiviti yang dipelopori kementeriannya itu mendatangkan keberhasilan yang tinggi.

 

Selain itu, Yang Berhormat Pehin juga mengajak para peserta memanfaatkan program pertukaran itu melalui interaksi yang konstruktif dan kritis serta mengambil iktibar kepada amalan-amalan yang terbaik untuk dibawa pulang nanti.

 

Dalam pada itu, seramai 15 peserta negara yang akan mengikuti program selama empat hari di Singapura bertolak pagi tadi.

 

161016 SBYLEP ARIF-1

PARA peserta Program Petukaran Kepimpinan Belia Singapura - Brunei dalam sesi bergambar ramai bersama Setiausaha Tetap KKBS (sembilan, kanan) sebelum berlepas di Balai Perlepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Program SBYLE2016 ini berlangsung pada 17 hingga 20 Oktober 2016.

 

Hadir mengucapkan selamat belayar kepada rombongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Setiausaha Tetap KKBS, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Ketua rombongan, Pemangku Penolong Pengarah Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Pengiran Haji Mohd. Asran bin Pengiran Haji Mahmud.

 

Pengiran Haji Mohd. Asran ketika ditemui mengharapkan para peserta program kali ketiga diadakan ini akan dapat belajar, terutama dalam membina pembangunan yang mampan dan dapat dipraktikkan apabila pulang nanti.

 

Program pertukaran yang bermula esok itu tambahnya, dapat menguatkan lagi hubungan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura dan belajar dari sana untuk menjadi belia yang berwawasan, berdikari, berdaya saing dan dinamik.

 

Sejajar dengan tema program kali ini 'Sustainable Development : Building Inclusive and resilient cities', para peserta akan ditekankan mengenai pendidikan nilai, memupuk jati diri dan hubungan pergaulan sihat, pendedahan kepada senario kota kosmopolitan di samping menggalakkan untuk belajar sekali gus menimba pengalaman.

 

SBYLEP merupakan cetusan idea daripada peringkat tertinggi kedua buah negara demi membangun kebolehan kepimpinan belia menerusi antaranya program seumpama ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Ak. Syi'aruddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12