FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lima Pemain Badminton Jepun Bakal Beraksi


SETIAUSAHA Pertama, Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam, Yuki Iida (kiri); Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Zafri bin Haji Mohamed (dua, kanan); Yang Di-Pertua Persatuan Kebangsaan Badminton Negara Brunei Darussalam,Awang Haji Antin bin Ahad (kanan) dan pemain Badminton Negara Brunei Darussalam, Jasper Yu (dua, kiri) mempamerkan poster lima pemain badminton Jepun yang bakal beraski di negara ini. |FOTO : PELITA BRUNEI ( Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali )

 


 October 19th, 2016  |  10:59 AM  |   2149 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 18 Oktober. - Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menganjurkan Pertukaran Badmintan Brunei - Jepun bermula 24 hingga 27 Oktober 2016 ini.

 

Pertukaran Badmintan Brunei - Jepun adalah sempena Memperingati Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun.

 

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Pertama, Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam, Yuki Iida pada Sidang Media mengenainya bertempat di Dewan Kuliah Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.

 

Inisiatif itu jelasnya adalah bertujuan untuk mempromosikan sukan kepada lebih 10 juta orang dari lebih 100 negara hingga 2020 apabila Jepun akan menjadi tuan rumah Olimpik Tokyo dan Paralympik.

 

Menurut beliau, pemain-pemain kebangsaan Persatuan Badminton Nippon dan Persatuan Badminton Brunei akan berentap pada Pertukaran Badminton Brunei - Jepun yang akan diadakan itu nanti.

 

Sementara itu, para pemain badminton yang terpilih juga akan berpeluang mengikuti sesi latihan dan mempraktikkannya bersama salah seorang pemain antarabangsa badminton Jepun, Sho Sasaki di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah bermula 25 hingga 27 Oktober itu nanti.

 

Lima pemain kebangsaan dari Persatuan Badminton Nippon terdiri daripada Sho Sasaki, Yu Igarashi, Kenya Mitsuhashi, Miyuki Kato dan Miki Kashihara.

 

Sepanjang berada di negara ini, para rombongan delegasi akan mengadakan lawatan ke beberapa tempat menarik di negara ini seperti Kampong Ayer, masjid dan muzium selain mengadakan kunjungan ke Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) dan Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).

 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut bolehlah melayari ke http://www.sport4tomorrow.jp/.

 

Hadir pada sidang media tersebut ialah Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Zafri bin Haji Mohamed; Yang Di-Pertua Persatuan Kebangsaan Badminton Negara Brunei Darussalam, Awang Haji Antin bin Ahad dan pemain Badminton Negara Brunei Darussalam, Jasper Yu.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19