FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


MoU UBD - Universiti Adelaide Buka Peluang Pendidikan Kesihatan, Perubatan


PENOLONG Naib Canselor UBD (Hal Ehwal Global), Dr Joyce Teo Siew Yean bersama Dekan Eksekutif , Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Adelaide, Profesor Alastair Burt bertukar cenderamata setelah memeterai MoU.

 


 October 20th, 2016  |  10:09 AM  |   1339 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 19 Oktober. - Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah (PAPRSB IHS), Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Universiti Adelaide, Australia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 15 Oktober lalu.

 

Menurut Siaran Akhbar UBD, majlis tersebut berlangsung di Bangunan Tambahan IHS, UBD.

 

Menandatangani bagi pihak UBD ialah Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Global), Dr. Joyce Teo Siew Yean, manakala Universiti Adelaide diwakili oleh Dekan Eksekutif Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Adelaide, Profesor Alastair Burt.

 

Turut hadir menyaksikan ialah Dekan IHS, Dr. Hajah Rafidah binti Gharif dan pegawai-pegawai dan ahli akademik UBD yang lain.

 

Ditubuhkan pada tahun 1847, University of Adelaide merupakan salah satu daripada universiti tertua di Australia. Ia secara konsisten menduduki tempat teratas satu peratus daripada universiti-universiti di seluruh dunia (142 dalam Times Higher, 125 dalam QS World Rankings) dan merupakan ahli Australian Universities Group of Eight, gabungan penyelidikan intensif terkemuka di universiti-universiti Australia.

 

Ia diiktiraf sebagai peneraju dalam pendidikan kesihatan dan penyelidikan. Graduan mereka berkemahiran tinggi dan profesional dalam kerjaya pilihan mereka yang beraspirasi untuk piawaian tertinggi dalam keutuhan dan tingkah laku beretika.

 

Fakulti Sains Kesihatan mereka telah memulakan projek infrastruktur utama, membina sebuah bangunan Kesihatan dan Bioperubatan Australia Selatan setinggi 14 tingkat di West End bersebelahan Hospital Royal Adelaide serta Institut Kesihatan dan Penyelidikan Perubatan Australia Selatan (SAHMRI). Ia akan dibuka pada awal tahun 2017 dan akan menempatkan lima tema utama penyelidikan, hospital dental baharu serta program-program Perubatan dan Kejururawatan mereka.

 

UBD menjalankan satu program perubatan yang telah berjalan dengan jayanya sejak 10 tahun yang lalu. Para mahasiswa dan mahasiswi akan belajar selama tiga tahun di UBD dan akan dianugerahkan dengan Ijazah BHSc (Medicine) biasa sebelum mereka berpindah ke sekolah-sekolah perubatan rakan kongsi di UK, Ireland dan Australia.

 

Graduan UBD akan memasuki tahun ketiga program rakan kongsi perubatan dan menamatkan Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan mereka di luar negara.

 

Universiti Adelaide merupakan salah satu daripada Sekolah Perubatan Rakan Kerjasama Universiti Brunei Darussalam di Australia.

 

PAPRSB IHS berharap untuk menghantar kumpulan pertama Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Perubatan) ke Sekolah Perubatan Rakan Kerjasama baharu kami di Universiti Adelaide pada Januari 2017.

 

Penandatanganan MoU akan membawa kerjasama lebih aktif di antara UBD dan Universiti Adelaide.

 

Penandatanganan MoU tersebut juga memberikan lebih banyak peluang penempatan bagi mahasiswa-mahasiswi UBD bagi pengalaman pembelajaran klinikal mereka dan meneruskan pembelajaran mereka dalam program MBBS bersama Universiti Adelaide.

 

Selain itu, UBD dan Universiti Adelaide akan membangunkan lebih banyak kerjasama dalam kalangan pelajar dan pertukaran kakitangan juga kerjasama penyelidikan dalam bidang sains kesihatan dan biodiversiti.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Universiti Brunei Darussalam

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39