Home > Bahasa Melayu
KUPU SB Raikan Penubuhan ke-10 Tahun
PEMANGKU Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) , Dr. Awang Haji Adanan bin Haji Besar semasa mengetuai warga KUPU SB pada Majlis Bertahlil Sempena Majlis Konvokesyen Keenam KUPU SB 1438 / 2016 di Kubah Makam Diraja |FOTO : PELITA BRUNEI (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)
October 20th, 2016 | 10:12 AM | 1703 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Rabu, 19 Oktober. - Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) kini sudah menjangkau 10 tahun sejak penaikan tarafnya daripada nama peringkat maktab sebelumnya.
KUPU SB telah mengadakan Majlis Membaca Yaa Siin dan Bertahlil di Kubah Makam Diraja bersempena penubuhan KUPU SB ke-10 dan Majlis Konvokesyen kali yang keenam tahun ini.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) , Dr. Ustaz Awang Haji Adanan bin Haji Besar.
Juga hadir, pegawai-pegawai kanan dan para pensyarah KUPU SB serta lebih 80 bakal graduan konvokesyen kali ini.
Bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil dipimpin oleh Ketua Unit Kerohanian KUPU SB, Awang Haji Manan bin Haji Osman.
Lebih 200 bakal graduan yang akan menerima ijazah dan sijil pada konvokesyen yang akan berlangsung pada 29 Oktober ini nanti.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmad
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]