FacebookInstagramTwitterContact

 

Results of Closed Tender for Vehicle Registration Number           >>           Earn Income through Content Creation           >>           Hari Raya Must-Haves and Favourite Food           >>           Decorative Lights add Cheer to Hari Raya Celebration           >>           Disposal Service for Books & Papers containing Quranic Verse           >>           Business resume operations           >>           Back to Work after Hari Raya Holiday           >>           Handover of Brunei Green Economy Framework Report           >>           Tahlil Ceremony           >>           The Sweet-Smelling Honeysuckle Has A Variety Of Medicinal Benefits           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


DYTM Berangkat ke 'Postmortem' Olimpik Rio


DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) berkenan berangkat ke Postmortem Olimpik Ke-31, Rio De Janeiro, Brazil, 2016 yang diadakan di Bilik Persidangan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah. |FOTO: PELITA BRUNEI(Mohd. Sahrizal Haji Said )

 


 October 20th, 2016  |  10:17 AM  |   1073 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 19 Oktober. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) berkenan berangkat ke Postmortem Olimpik Ke-31, Rio De Janeiro, Brazil, 2016 yang diadakan di Bilik Persidangan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, di sini.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Sesi Postmortem dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustapa bin Haji Murad.

DYTM pada Sesi Postmortem itu berkenan mengurniakan sabda teguran dan nasihat demi meningkatkan lagi prestasi para atlet negara pada kejohanan sukan yang akan datang.

191016 OLIMPIK RIZAL-6223

POSTMORTEM Olimpik Ke-31, Rio De Janeiro, Brazil, 2016 yang diadakan di Bilik Persidangan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Terdahulu, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy dalam sembah alu-aluannya memaklumkan pada sukan olimpik itu Negara Brunei Darussalam telah menghantar seramai lapan orang ahli kontinjen yang terdiri daripada seorang Chef de Mission, seorang pegawai urusetia, seorang pengurus, dua orang jurulatih dan tiga atlet, iaitu seorang sukan badminton dan dua olahraga.

Keberangkatan DYTM bercemar duli ke perkampungan Sukan Olimpik dan sabda nasihat serta perangsang DYTM menurutnya telah memberi suntikan semangat kepada para atlet negara.

Katanya, atlet olahraga Dayang Maizurah binti Abdul Rahim telah berjaya memecahkan rekod peribadi beliau, manakala Awang Mohd. Fakhri bin Ismail mampu melayakkan ke 'Advance Trail' dan pencapaian-pencapaian tersebut adalah kali pertamanya dalam sejarah sukan olahraga di negara ini, sementara atlet badminton pula, Awang Jasper Yu Woon Chai telah menunjukkan satu permainan baik kerana dapat mengimbangi mutu permainan pemain-pemain tahap dunia, iaitu pemain Hongkong rank ke-12 dan Sepanyol rank ke-34.

Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Penilaian dan Pemilihan Atlet Kebangsaan turut menyembahkan setinggi menjunjung kasih ke hadapan majlis DYTM di atas bantuan-bantuan yang diberikan BDNOC khususnya bantuan 'Olympic Scholarship' buat atlet Rio 2016 melalui Olympic Solidarity Fund International Olympic Committee (IOC) yang telah diberikan kepada Awang Mohd. Fakhri, yang mana bantuan itu telah terbukti banyak membantu meningkatkan prestasi dan semangat atlet untuk memperbaiki pencapaian beliau di Sukan Olimpik Rio 2016.

191016 OLIMPIK RIZAL-6302

POSTMORTEM Olimpik Ke-31, Rio De Janeiro, Brazil, 2016 yang diadakan di Bilik Persidangan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Beliau menambah, sukan ke peringkat yang lebih tinggi tersebut bukanlah perkara mudah yang dapat dicapai disebabkan ia bukan sahaja memerlukan pengurusan yang teratur, malah lebih penting dari itu ialah pengorbanan, kegigihan dan kesungguhan dari semua pihak termasuk atlet, jurulatih, persatuan, jabatan dan kementerian, ibu bapa, keluarga, pihak awam serta swasta.

Oleh yang demikian, KKBS dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) tegasnya akan sentiasa taat setia dalam menjunjung sebarang kurnia sabda DYTM dan akan seterusnya mengambil langkah-langkah yang perlu untuk terus memajukan mutu sukan di negara ini dengan mengambil kira cadangan pembaikan yang telah dikenal pasti dan juga sekali gus memperbaiki rekod pencapaian negara di sukan serantau dan antarabangsa.

Pada masa yang sama, perjumpaan berkenaan jelasnya adalah untuk mendengar dan berbincang bersama-sama dengan atlet, jurulatih, pengurus-pengurus pasukan dan urus setia bagi memperbaiki persiapan negara di kejohanan-kejohanan akan datang.

Dalam Postmortem, perbincangan diadakan secara terbuka, jujur dan membina, yang mana nanti akan membolehkan perancangan seterusnya dapat dilaksanakan dengan baik.

Postmortem itu diteruskan dengan Laporan Kontinjen Sukan Olimpik Ke-31, Rio De Janeiro, Brazil yang disampaikan oleh Chef de Mission, Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim dan disusuli dengan sesi soal jawab.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Chinese Internet Amused By Building That Looks Like Sanitary Pad

 2024-04-16 23:58:01

Scottish Power Pays £300 To Customers After Overcharging

 2024-04-17 00:46:50