FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Warga PA Cemerlang Terima Pengiktirafan, Penghargaan


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Anugerah Gangsa kepada Kumpulan 2G (GO GREEN) dari Jabatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan. |FOTO : PELITA BRUNEI (Mohamad Azmi Awang Damit, Hernie Suliana Haji Othman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

 


 October 21st, 2016  |  10:18 AM  |   1225 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 20 Oktober. - Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang telah menunjukkan prestasi dan penghasilan kerja yang cemerlang serta mempunyai keperibadian yang tinggi.

 

Seramai 43 pegawai dan kakitangan kerajaan yang terdiri dari Bahagian II, III, IV dan V dari setiap Kementerian telah diperkenankan untuk menerima anguerah tersebut pada sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-23 di Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyempurnakan penyampaian anugerah APCPA berkenaan.

 

201016 AD-HPA-26

 

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Anugerah Gangsa kepada Kumpulan 2D iaitu gabungan daripada Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri dan DST INCOMM Sdn. Bhd.

 

Bagi pegawai Bahagian II, penghargaan dan pengiktirafan juga dinilai kriteria tambahan iaitu khidmat masyarakat, inisiatif penambahbaikan serta kepimpinan.

 

Anugerah seumpama ini diharapkan akan menjadi pendorong dalam meningkatkan semangat bekerja dan produktiviti kerja yang lebih tinggi lagi berkualiti yang akan membawa ke arah Perkhidmatan Awam yang cemerlang.

 

Penerima APCPA bagi setiap Bahagian dihadiahkan sebuah plak, sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak BND1000.

 

Pada majlis itu Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan menyempurnakan penyampaian Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam (ACPA), yang mempertandingkan dua kategori iaitu Kategori Kertas Projek (dibukakan kepada agensi kerajaan sahaja) dan Kategori Kertas Cadangan (dibukakan kepada agensi kerajaan, sektor swasta dan orang ramai).

 

Dalam kedua-dua kategori tersebut, Panel Penilaian dan Pemilihan ACPA memutuskan belum ada yang layak untuk menerima Anugerah Emas.

 

201016 AD-HPA-16

 

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) bagi Tahun 2016 kepada penerima-penerima yang terdiri daripada Bahagian II, III, IV dan V dari setiap kementerian yang telah diperkenankan.

 

201016 AD-HPA-18

 

Sementara pemenang Anugerah Perak bagi Kategori Kertas Projek diberikan kepada Kumpulan AZRAQ dengan Kertas Projek 'Implementasi Inisiatif Pendidikan Rendah' dari Pejabat Timbalan Setiausaha Tetap Pendidikan Teras, Kementerian Pendidikan.

 

Pemenang Anugerah Perak membawa pulang sebuah piala, wang tunai berjumlah BND5 ribu dan sijil penghargaan.

 

Manakala Anugerah Gangsa pula dimenangi oleh Kumpulan 2G (GO GREEN) dari Jabatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan dengan kertas projek 'Reduce Energy Usage in Government Buildings'.

 

Penerima Anguerah Gangsa menerima sebuah piala, wang tunai berjumlah BND3 ribu dan sijil penghargaan.

 

201016 HERNIE-HPA-22

 

KEBAWAH DYMM berkenan mengurniakan Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam kepada salah seorang penerima dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

 

201016 AD-HPA-28

 

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyampaikan cenderahati kepada Panel Penilai ACPA.

 

Bagi kategori Kertas Cadangan pula, Anugerah Perak diberikan kepada TEAM GTD dari Rhymin & Partners dengan tajuk kertas cadangan "Intelligent Queue Management System" yang membawa pulang sebuah piala, wang tunai BND2,500 dan sijil penghargaan.

 

Sementara Anugerah Gangsa diberikan kepada Kumpulan 2D iaitu hasil gabungan Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri dan DST INCOMM Sdn Bhd yang menerima sebuah piala, wang tunai BND1,500 dan sijil penghargaan.

 

Kebawah DYMM juga berkenan menyempurnakan pengurniaan Anugerah Saguhati kepada tiga Kertas Cadangan yang terpilih dengan menerima wang tunai sebanyak BND500 dan sijil penghargaan bagi setiap penerima.

 

Penerima-penerima tersebut ialah Kertas Cadangan bertajuk "Wakaf Aplikasi 'USIN QU' Menjana Celik Kewangan Islam" dari Kumpulan AL WAFA, Qistina Consultant; "Meningkatkan Tatacara Bagi Penghapusan Barangan Mekanikal dari Elektrikal" dari Kumpulan AMI (Asset Management Initiatives), Jabatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan; dan "Menaiktaraf Perkhidmatan Kaunter Perjumpaan Berjadual Secara Atas Talian" dari Kumpulan UMMUL ANNISA, Universiti Teknologi Brunei, Kementerian Pendidikan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hezlinawati Haji Abdul Karim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16