FacebookInstagramTwitterContact

 

I Live With A Haunted Doll Possessed By A Woman Who Was Killed By Her Husband           >>           Supplementing With Protein And Vitamin D Can Improve Physical Performance In Older People           >>           The Protective Effects Of Walnuts Against Inflammation And Neurodegeneration           >>           Experts Find That Vitamin D Can Soothe Symptoms Of COPD           >>           Blood Donation Campaign           >>           Voting and Selection of Mukim Penghulu           >>           'Menyambut Ketibaan Dhuyufurrahman'           >>           Charity Event           >>           Distribution of Sacrificial Meats           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perbanyakan Ibadat, Jauhi Amalan Pembaziran


 


 March 20th, 2023  |  07:37 AM  |   105 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bulan Ramadan banyak mempunyai rahsia, pengajaran dan iktibar yang boleh digunakan bagi mengharungi kehidupan dengan lebih sempurna, berlandaskan ajaran ugama Islam.

 

Antara perkara yang dituntut untuk dijauhi ialah amalan pembaziran.

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah selaku Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) bersabda demikian pada Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan An-Naura, Kompleks YSHHB, di ibu negara.

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dalam sabda menekankan, malah amalan tersebut dilarang oleh Allah Subhanahu Wata'ala sehinggakan orang yang membazir itu disamakan dengan saudara  syaitan sepertimana Firman-Nya dalam Surah Al-Isra', Ayat 27 yang bermaksud

 

“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya."

 

Oleh itu, Duli Yang Teramat Mulia bersabda mengajak umat Islam meningkatkan azam untuk menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna, dan jauh daripada amalan yang tidak menguntungkan itu.

 

"Selain meningkatkan ibadat puasa di siang hari, kita juga janganlah melepaskan peluang untuk menyemarakkan malam-malam di dalamnya dengan memperbanyakkan ibadat seperti sembahyang tarawih, bertadarus, bersedekah dan mengerjakan sembahyang sunat lainnya.

 

"Semoga dengan amalan-amalan tersebut, kita dan negara tidak sepi dari dilimpahi rahmat dan inayah serta perlindungan dan pemeliharaan Allah Subhanahu Wata'ala jua. Amin," sabda DYTM.

 

Terdahulu, DYTM merafakkan syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana Negara Brunei Darussalam yang bertuah ini sekali lagi akan menerima buah Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai juadah berbuka puasa di bulan Ramadan pada tahun ini.

 

"Walaupun kita masih berdepan dengan wabak COVID-19, usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan berupaya mengembalikan keyakinan kita untuk meneruskan usaha-usaha murni ini bagi memastikan setiap rakyat dan penduduk yang berugama Islam di negara ini dapat menikmati Kurma Kurnia Peribadi Paduka Ayahanda berkenaan.

 

"Saya percaya pengalaman yang diperolehi sebelum ini akan dapat memberkesankan lagi tatacara pelaksanaan pengagihan Kurma Kurnia Peribadi tersebut.

 

"Oleh itu, pihak pengurusan YSHHB hendaklah sentiasa memantau dan bekerjasama dengan rakan-rakan strategik bagi memastikan pelaksanaannya mencapai matlamat yang diharap-harapkan,"sabda DYTM lagi.

 

Dalam pada itu, DYTM juga merakamkan penghargaan dan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada YSHHB, Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan; Pegawai-Pegawai Daerah, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung; Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Radio Televisyen Brunei, Jabatan Penerangan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan; dan semua lapisan masyarakat yang terlibat dalam mengurus serta mengendalikan amanah dan tanggungjawab yang berkebajikan ini dengan jayanya.

 

"Mudahan-mudahan usaha dan kerjasama murni yang disumbangkan oleh semua pihak akan mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah Subhanahu Wata'ala jua.

 

"Akhirnya, marilah kita sama-sama berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala, semoga Paduka Ayahanda akan sentiasa dikurniakan kesihatan dan 'afiat yang berpanjangan, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di bawah perlindungan dan pemeliharaan Allah Subhanahu Wata'ala serta mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Amin," sabda DYTM.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Taiwan Braces For Fresh Protests Over Controversial New Law

 2024-06-22 01:06:44

Government Borrowing In May Is Highest Since Covid

 2024-06-22 02:36:29