Home > Sports
Perlawanan Badminton Persahabatan ‘Perjalanan Sejarah Bulutangkis’ 2023 Diteruskan
March 20th, 2023 | 07:43 AM | 539 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pusat Sejarah Brunei (PSB) telah dijemput untuk mengadakan Perlawanan Badminton Persahabatan bagi meneruskan 'Perjalanan Sejarah Bulutangkis' bagi Tahun 2023 sekali gus dijemput untuk merasmikan gelanggang badminton yang baru sahaja dibukakan untuk orang ramai.
Perlawanan sukan badminton tersebut mengambil tempat di Dewan Badminton V11 Arena Kampung Tanah Jambu.
Seramai 15 beregu lelaki dan perempuan mengikuti perlawanan tersebut.
PSB dan IBTE telah membuka tirai gelanggang badminton V11 Arena sebagai bentuk sokongan penglibatan belia dalam menceburi bidang perniagaan dan menyahut seruan kerajaan Menuju Ke Arah Warga Sihat.
Objektif utama mengadakan Perlawanan Persahabatan Badminton sesama institusi dan jabatan-jabatan kerajaan adalah bagi membarigakan tentang sejarah badminton dan mengeratkan yang telah lama dipraktikkan melalui riadah sukan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]