FacebookInstagramTwitterContact

 

Is Work Making You Stressed? Study Shows Aromatherapy Can Help           >>           Naturally Manage Your Blood Cholesterol With Fenugreek Seeds           >>           Stroke Patients Can Strengthen Their Brain Function With Ginseng           >>           Cat Swallows 5p Coin While Playing With It - And Is 'Lucky To Be Alive'           >>           Crocodile That Lunged At Children Caught And Cooked Into ‘Large Traditional Feast’           >>           Grab Your Notebook And Jot Down Ryan Gosling's Sweet Quotes About Fatherhood           >>           Grab Your Notebook And Jot Down Ryan Gosling's Sweet Quotes About Fatherhood           >>           Cheers To Anderson Cooper And Andy Cohen's Cutest Dad Moments           >>           Spacex Falcon 9 Rocket Suffers Rare Last-Second Abort During Starlink Satellite Launch (Video)           >>           Apple Reportedly Has Plans For A Thinner Iphone, Macbook Pro And Apple Watch           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pengurusan Kontrak Berpandukan Garis Panduan Melaksanakan Projek


 


 March 21st, 2023  |  07:28 AM  |   102 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Perolehan kerajaan mengenai  projek-projek pembinaan adalah berpandukan dan mematuhi peraturan-peraturan kewangan termasuk yang melibatkan tatacara tawaran dan sebut harga; dan pengurusan kontrak.

 

Untuk melaksanakan pengurusan kontrak yang berkesan dan konsisten, jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan khususnya, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) berpandukan beberapa dokumen yang telah dikeluarkan bagi tujuan memastikan risiko dari projek pembinaan ditangani dengan sempurna.

 

Antara dokumennya adalah seperti Dokumen Project Implementation Manual (PIM) yang memberikan garis panduan mengenai tatacara melaksanakan projek bermula dari perancangan, lantikan, 'project team' termasuk konsultan jika diperlukan, menghuraikan 'project brief', proses tawaran dan sebagainya; serta Dokumen Public Works Department Conditions of Contract iaitu dokumen-dokumen kontrak untuk digunakan bagi projek-projek pembinaan oleh JKR dan JKP.

 

Ada terdapat lapan jenis dokumen kontrak atau Forms of Contract yang disediakan untuk keperluan ini antaranya Dokumen Contract Administration Guidelines atau (CAGE) dan Quotation Administration Guidelines (QAGE); Dokumen PWD Standard Specification dan Schedule of Rates; Dokumen Quality Supervision Manual (QSM); dan Dokumen Surat-Surat Keliling dan Arahan Teknikal yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kerja dari semasa ke semasa.

 

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid menerangkan perkara itu bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Momin pada hari ke-13 di Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN Tahun 2023 yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Jelas Yang Berhormat Menteri Pembangunan, satu perkara yang penting ialah dari segi pengkhususan kepakaran-kepakaran yang diperlukan di dalam industri pembinaan secara am nya mengikut pengkhususan masing-masing yang memerlukan satu pemantauan, pengawal seliaan dan yang utama sekali ialah dari segi kemahiran dan kebolehan pakar-pakar tersebut.

 

"Jadi melihat daripada perkara tersebut dengan kepakaran yang tidak ada menjadi kemusykilan untuk memastikan dari segi khusus pematuhan dan integriti ini, kita melihat peraturan manual yang disebutkan tadi adalah cukup lengkap dalam standard kawal selia pengurusan kontrak projek.

 

"Apa yang tinggal ialah panduan pematuhan berkenaan termasuk pematuhan dari segi 'compliance' di setiap lapisan pelaksana," ujar Yang Berhormat.

 

Mengenai  pengurusan projek dan pengurusan kontrak tersebut, tambah Yang Berhormat, kita tidak dapat mengelakkan daripada membuat penilaian risiko yang menjadi cabaran yang boleh menggagalkan sesuatu projek atau kontrak.

 

"Melihat dari sudut ini, sebagai langkah untuk meningkatkan kesedaran dalam perkara integriti dan pematuhan itu ialah latihan-latihan melalui dialog dan penerangan mengenai peraturan dan undang-undang yang berkuasa di negara ini antaranya Financial Regulations, peraturan General Orders bagi penjawat awam, Akta Pencegahan Rasuah, Kanun Keseksaan dan peraturan-peraturan yang berkaitan," kata Yang Berhormat.

 

Latihan sedemikian adalah relevan bagi memberi peringatan kepada penjawat dan petugas di Kementerian Pembangunan.

 

Selain itu, bagi menangani risiko dan cabaran tersebut, kata Yang Berhormat, antara langkah yang diambil adalah memberi peringatan dan meningkatkan kesedaran kepada penjawat-penjawat dan petugas-petugas di Kementerian Pembangunan, dalam mengingatkan keutamaan sifat etika di dalam segi 'compliance' dan etika dari segi kejujuran sebagai benteng dalam pengawalseliaan dalam menghadapi cabaran-cabaran.

 

"Umpamanya penipuan dalam tuntutan-tuntutan yang dihadapkan dan kemudian pegawai-pegawai yang memberi kelulusan dan tuntutan tanpa membuat pemeriksaan sama ada yang dituntut itu ada sudah dibuat dengan sebaik-baiknya mengikut spesifikasi dan keperluan yang telah disebutkan, selain bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan kuasa, pilih kasih dan apa lagi perkara-perkara yang melibatkan perlakuan seperti rasuah," jelas Yang Berhormat.

 

Dalam mewujudkan masyarakat profesional di dalam industri pembinaan dengan kepekaan yang dibangkitkan mengenai integriti dan pematuhan undang-undang dan peraturan-peraturan di dalam industri pembinaan, Yang Berhormat menambah, ia memerlukan satu komitmen yang kolektif.

 

Namun, dari segi peranan Yang Berhormat Kementerian Pembangunan adalah untuk memperbaiki perkara ini dengan memberikan penerangan, kesedaran dan juga latihan kepada pegawai-pegawai pelaksana di Kementerian berkenaan Pembangunan.

 

Di antara cabaran-cabaran dalam perkara ini juga, kata Yang Berhormat, ialah dari segi perhubungan antara kontraktor dengan penjawat awam.

 

Menurut Yang Berhormat, penjawat awam tertakluk kepada peraturan-peraturan namun kebanyakannya kontraktor tidak mengambil kepekaan kepada penjawat-penjawat awam ini.

 

"Kaola membangkitkan perkara ini selalu juga kecenderungan pihak kontraktor ini yang memberi 'entertainment' ataupun sebagai satu perkara untuk mewujudkan silaturahim, barangkali, daripada pihak mereka memberikan hadiah atau pelbagai bentuk 'entertainment'.

 

"Jadi di mana kita melihat perkara ini supaya pihak kontraktor juga akan faham bahawa ada kekangan dan implikasi terhadap pegawai sebagai penjawat awam melalui undang-undang yang disebutkan tadi," tambah Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'I Feel Broken': Inside The Mind Of The Woman Who Ran 1,000km In 12 Days

 2024-06-17 00:48:13

Boeing Plane Investigated After 'Dutch Roll'

 2024-06-16 00:18:27