FacebookInstagramTwitterContact

 

Is Work Making You Stressed? Study Shows Aromatherapy Can Help           >>           Naturally Manage Your Blood Cholesterol With Fenugreek Seeds           >>           Stroke Patients Can Strengthen Their Brain Function With Ginseng           >>           Cat Swallows 5p Coin While Playing With It - And Is 'Lucky To Be Alive'           >>           Crocodile That Lunged At Children Caught And Cooked Into ‘Large Traditional Feast’           >>           Grab Your Notebook And Jot Down Ryan Gosling's Sweet Quotes About Fatherhood           >>           Grab Your Notebook And Jot Down Ryan Gosling's Sweet Quotes About Fatherhood           >>           Cheers To Anderson Cooper And Andy Cohen's Cutest Dad Moments           >>           Spacex Falcon 9 Rocket Suffers Rare Last-Second Abort During Starlink Satellite Launch (Video)           >>           Apple Reportedly Has Plans For A Thinner Iphone, Macbook Pro And Apple Watch           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kaedah ‘Design And Build’ Dipraktikkan


 


 March 21st, 2023  |  07:29 AM  |   95 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kaedah 'design and build' merupakan kaedah perolehan yang dipraktikkan di Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) bagi projek-projek yang memerlukan kontraktor yang bertanggungjawab terhadap reka bentuk dan pembinaannya.

 

Antara projek yang menggunakan kaedah ini ialah Projek Perumahan Lugu Fasa 1 yang sudah siap dengan jayanya dan Projek Perumahan Lugu Fasa 2 yang dalam pembinaan pada masa ini.

 

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid memaklumkan perkara tersebut bagi menjawab soalan yang diajukan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman pada hari ke-13 di Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN Tahun 2023 yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Menurut Yang Berhormat Menteri Pembangunan, pengalaman jabatan-jabatan berkenaan menggunakan kaedah 'design and build' ini menunjukkan keterlibatan kontraktor dan konsultan tempatan juga dalam berbagai aspek pembinaan sehingga siap dengan jayanya, antaranya ialah penglibatan 'sub-contractor' yang melibatkan pengusaha-pengusaha tempatan.

 

Yang Berhormat berkata, dasar Kementerian Pembangunan ialah bagi semua projek-projek kerajaan memerlukan penglibatan kontraktor dan konsultan tempatan di mana pendaftaran kontraktor adalah dipantau oleh pihak ABCi.

 

Manakala konsultan-konsultan yang terlibat mestilah berdaftar di bawah Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan atau (BAPEQS).

 

Mengenai penggunaan sub-kontraktor dalam projek-projek pembinaan pula Yang Berhormat menjelaskan ia adalah perkara yang lazim dalam industri pembinaan.

 

"Jadi satu-satu kontraktor tidak akan mempunyai semua pekerja atau jentera-jentera atau kepakaran yang diperlukan terutama sekali projek-projek yang besar.

 

"Oleh itu kontraktor utama pada lazimnya ada juga melantik sub-kontraktornya untuk membekalkan kepakaran tenaga manusia, jentera, pekerja-pekerja buruh dan sebagainya untuk melaksanakan projek-projek pembinaan.

 

Sistem ini juga dapat memberi peluang kepada kontraktor-kontraktor kecil MSME untuk terlibat sama dalam industri pembinaan dan menimba pengalaman untuk memajukan perusahaan supaya dapat dikategorikan sebagai pengusaha yang lebih tinggi kategorinya," jelas Yang Berhormat.

 

Bagi projek-projek kerajaan pula, terang Yang Berhormat, kontraktor utama dimestikan untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum melantik sub kontraktor dan semua sub kontraktor mestilah berdaftar sebagai kontraktor dan pembina di dalam ABCi.

 

"Jadi semestinya kalau kontraktor akan melibatkan sub-kontraktor latar belakang sub-kontraktor juga akan diteliti untuk melihat sama ada mereka mempunyai kelayakan dan kesahihan daripada apa juga dari segi kemampuan yang mereka isytiharkan di dalam pengkhususan kerja-kerja yang mereka akan diberikan dalam masa kontrak tersebut.

 

"Tapi di sebalik itu juga kontraktor utama masih bertanggungjawab untuk memastikan kerja-kerja pembinaan dilaksanakan mengikut jadual spesifikasi, bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tapak projek serta menanggung risiko-risiko seperti yang dimeterai dalam kontrak pembinaan," tambah Yang Berhormat.

 

Bagi menjawab persoalan mengenai skim Lot Tanah Kurnia, Yang Berhormat menjelaskan, pada masa ini JKP belum dapat menerima permohonan-permohonan baharu mengenai dengan skim Kurnia Tanah berkenaan.

 

Walau bagaimanapun, ujar Yang Berhormat, permohonan-permohonan yang sudah dibenarkan dan masih di bawah skim ini adalah sebanyak 179 permohonan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'I Feel Broken': Inside The Mind Of The Woman Who Ran 1,000km In 12 Days

 2024-06-17 00:48:13

Boeing Plane Investigated After 'Dutch Roll'

 2024-06-16 00:18:27