FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


UNISSA Terima Pengiktirafan Cemerlang ZIA


 


 March 22nd, 2023  |  07:58 AM  |   97 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) mendapat pengiktirafan atas kecemerlangannya apabila tersenarai tiga teratas dalam Kategori Pengantarabangsaan pada Majlis Penyampaian Zairi International Awards (ZIA) yang dianjurkan oleh Center for Learning Innovations & Customized Knowledge Solutions (CLICKS) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 9 Mac lalu.

 

ZIA merupakan pengiktirafan kepada institusi pengajian tinggi (IPT) yang menangani cabaran pendidikan global dan mewujudkan impak melalui kecemerlangan dan inovasi dalam enam kategori, iaitu impak penyelidikan; transformasi digital; pendidikan disruptif; khidmat masyarakat; pengantarabangsaan dan ekuiti.

 

UNISSA juga merupakan satu-satunya IPT di rantau ASEAN yang disenarai pendek dalam anugerah berkenaan.

 

Pada tahun ini, anugerah berkenaan disertai oleh pelbagai IPT daripada 27 buah negara.

 

Pencapaian berkenaan menunjukkan bahawa sebagai sebuah tinggi Islam tulen, UNISSA mampu mempamerkan kecemerlangannya dalam aspek pengantarabangsaan menerusi pelbagai aktiviti dan program seperti Student Abroad Programme (SAP), Student Exchange Programme (SEP), program mobiliti akademik, persidangan dan sebagainya.

 

Kekuatan UNISSA dalam kategori berkenaan juga terletak pada keramaian pelajar antarabangsa dan jaringan hubungan kerjasama strategik bersama IPT luar negara.

 

Hadir bagi mewakili UNISSA pada majlis berkenaan, Pengarah Pejabat Perancangan dan Pembangunan Strategik, Dr. Muhamad Alif bin Haji Sismat; dan Ketua Unit Jaminan Kualiti, Dr. Zulamali bin Begawan Pehin Khatib Haji Matassan.

 

Sebelum majlis penyampaian berlangsung, rombongan UNISSA juga menghadiri bengkel dan simposium yang membincangkan tentang pengalaman serta cadangan untuk pembaikan dan kemajuan pengajian tinggi global, khususnya dalam penerapan Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDG) dalam kurikulum program bagi mempertingkatkan hasil pembelajaran yang berkualiti dan mampan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16