FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PHMB : Mengawal Harga Barangan Sepanjang Ramadan, Syawal


 


 March 22nd, 2023  |  08:03 AM  |   112 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi dengan kerjasama Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) akan melaksanakan Penetapan Harga Maksimum Bermusim (PHMB) ke atas barangan keperluan makanan terpilih sepanjang bulan Ramadan hingga minggu pertama Syawal 1444 Hijrah.

 

PHMB adalah bertujuan untuk mengawal harga beberapa barangan makanan terpilih khususnya yang mempunyai permintaan tinggi semasa musim perayaan.

 

Inisiatif berkenaan dihasrat dapat membantu rakyat dan penduduk di negara ini dalam menampung perbelanjaan harian khususnya semasa musim perayaan sekali gus sebagai usaha pihak kerajaan dalam mengurangkan impak kenaikan harga barangan makanan global pada masa ini.

 

PHMB akan dilaksanakan bagi tempoh lima minggu bermula 1 Ramadan hingga 7 Syawal 1444 Hijrah.

 

Sebanyak tujuh kategori barangan makanan terpilih ditetapkan harga maksimum bagi musim perayaan pada tahun ini, iaitu ayam bulat; telur ayam; mentega; marjerin; minyak sapi; tepung; dan susu pekat, cair dan krim.

 

Senarai penuh yang melibatkan 99 produk daripada pelbagai jenama popular yang ditetapkan harga maksimum secara bermusim ini dapat diakses melalui aplikasi mudah alih 'PenggunaBijak' atau dimuat turun melalui laman sesawang JPES di 'www.deps.gov.bn'.

 

Inisiatif PHMB merupakan usaha tambahan kawalan harga bagi makanan asasi yang sedang dilaksanakan secara berterusan ke atas minyak masak, susu tepung formula anak damit, beras (wangi, siam dan pulut) dan gula.

 

Selaras dengan Perintah Akta Kawalan Harga (Pindaan), 2021 yang berkuat kuasa bermula 23 November 2021, sebarang ketidakpatuhan atas PHMB oleh para peniaga dari gedung perniagaan, pasar raya dan kedai runcit akan diambil tindakan menurut peruntukan di bawah Bab 10B, Akta Kawalan Harga, Penggal 142, iaitu kompaun tidak melebihi BND1,000.

 

Manakala bagi kesalahan berikutnya, boleh membawa kepada denda maksimum sebanyak BND20,000 dan penjara selama lima tahun.

 

Sehubungan itu, para peniaga dinasihatkan untuk mengamalkan persaingan sihat dalam perniagaan dengan menawarkan harga yang kompetitif di bawah harga maksimum yang ditetapkan.

 

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung PHMB boleh dibuat melalui Talian Darussalam 123 atau aplikasi mudah alih 'PenggunaBijak'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19