Home > In The Court
Padah Miliki Pelbagai Jenis Rokok
March 22nd, 2023 | 08:11 AM | 577 views
BELAIT
Seorang lelaki tempatan, Zakeria bin Haji Abdul Latip dijatuhkan hukuman denda atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006.
Tertuduh dijatuhkan hukuman denda sebanyak BND102,500 atau 19 bulan pemenjaraan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.
Dalam hal ini, tertuduh mengaku bersalah dan hukuman dijatuhkan oleh Pemangku Majistret Kanan, Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid, di Mahkamah Majistret Kuala Belait, di sini.
Zakeria, berumur 43 tahun, didakwa memiliki 129 karton, 19 paket dan 12 batang rokok pelbagai jenis semasa tangkapan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Undang-undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Cawangan Belait di rumah kawasan Jalan Jaya Negara, Kuala Belait pada 15 Jun 2022, jam 4.55 petang.
Semua barang yang terlibat, iaitu rokok dihukum rampas untuk diserahkan ke pihak kerajaan bagi tujuan dimusnahkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]