Home > Sports
2 Pelajar UNISSA Sertai Kejohanan Piala Karate Antarabangsa Universiti
March 22nd, 2023 | 08:12 AM | 560 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai dua pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) mengikuti Kejohanan Piala Karate Antarabangsa Universiti, Sebelas Maret Cup yang diadakan selama tiga hari iaitu pada 17 Mac 2023 sehingga 19 Mac 2023 di Solo, Surakarta, Indonesia.
Kejohanan ini dianjurkan oleh Universitas Sebelas Maret (UNS), Indonesia dengan kerjasama Persatuan Karate Indonesia. Ia merupakan penganjuran kali ke-12 yang diadakan pada tahun ini.
Pasukan Karate UNISSA diwakili oleh mahasiswa Tahun 3, Fakulti Usuluddin, Awang Abdul Mujib bin Awang Sh'minan dan mahasiswi Tahun 3, Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, Dayang Nur Faridatul Syakirah binti Roslan.
Kategori yang diikuti oleh wakil Pasukan Karate UNISSA ialah Acara Kumite Perseorangan -55 Kilogram bagi lelaki dan Acara Kumite Perseorangan +68 kilogram bagi perempuan.
Seramai 43 pasukan yang terdiri daripada 250 atlet mengikuti pertandingan tersebut.
Turut serta bagi mengiringi atlet UNISSA ke Kejohanan Piala Karate Antarabangsa Universiti, Sebelas Maret Cup ini ialah Pensyarah UNISSA, Dr. Mohammad Hilmy Baihaqy bin Haji Awang Yussof yang juga merupakan Pengurus dan Jurulatih Pasukan Karate UNISSA.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]