Home > Bahasa Melayu
132 Peserta Bertanding Peringkat Akhir Spelling Bee
March 22nd, 2023 | 08:21 AM | 99 views
BERAKAS
Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kesenian dan Kreativiti, Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan kerjasama CFBT Brunei mengadakan Peringkat Akhir Brunei Darussalam National Spelling Bee Competition 2023 di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.
Hadir selaku tetamu kehormat yang juga menyampaikan hadiah ialah Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Julaihi bin Mohamad.
Seramai 759 peserta telah menyertai pertandingan tersebut hanya 132 peserta sahaja terpilih untuk peringkat akhir yang dibukakan oleh murid-murid dan pelajar-pelajar Tahun 1 hingga Tahun 11.
Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk meraih pencapaian ejaan yang terbaik dalam bahasa Inggeris khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan sekali gus menaikan lagi martabat pertandingan ini ke seluruh negara.
Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Kanan di Kementerian Pendidikan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]