FacebookInstagramTwitterContact

 

You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>           Japan Make Hard Work Of Qatar Victory But Remain On Course For Olympic Berth           >>           Wrexham To Face Bournemouth And Whitecaps On 'Wrex Coast Tour'           >>           Columbus Crew Beat Monterrey In Champions Cup Semis First Leg           >>           New Premier League Record Set For Most Goals In A Season           >>           Arne Slot 'Could Be A Liverpool Coach' - Virgil Van Dijk           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Beri Peluang Kanak-Kanak Sindrom Down Tingkat Kualiti Kehidupan


 


 March 22nd, 2023  |  08:23 AM  |   94 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

- Tema bagi sambutan tahun ini menekankan betapa pentingnya untuk memperakui hak asasi semua individu berkelainan upaya dan memberikan mereka peluang untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka dalam semua aspek.

 

-  Setiap individu sindrom Down adalah insan yang unik dan mempunyai kebolehan yang berbeza kerana setiap individu adalah berlainan dan boleh menunjukkan banyak kelebihan dan bakat yang tersendiri.

 

- Di antara beberapa langkah atau strategi untuk memastikan setiap individu Sindrom Down boleh mengecapi kehidupan yang memuaskan dan produktif ialah dengan penjagaan kesihatan secara keseluruhan yang baik juga intervensi awal sejak kelahiran dari segi peningkatan perkembangan.

 

Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia 2023 yang bertemakan 'Bersama Kami, Bukan Untuk Kami' anjuran Kementerian Kesihatan diadakan di Pusat Perkembangan Kanak-kanak (CDC), Kampung Kiarong, pagi tadi.

 

Tema bagi sambutan tahun ini menekankan betapa pentingnya untuk memperakui hak asasi semua individu berkelainan upaya dan memberikan mereka peluang untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka dalam semua aspek.

 

Peranan ibu bapa dan penjaga kanak-kanak Sindrom Down adalah sangat penting untuk merealisasikan tema pada tahun ini dan dengan mengadakan majlis sambutan pada tahun ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan baik antara pihak Kementerian Kesihatan dengan ibu bapa dan penjaga kanak-kanak Sindrom Down.

 

Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia 2023 dihadiri oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Tingkat Khas, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Awang Abdol Hazis bin Haji Ahad selaku tetamu kehormat majlis.

 

Pada majlis berkenaan, Ketua CDC, Dr. Hajah Mawarni binti Haji Abdul Hamid dalam ucapan alu-aluannya antara lain menggariskan di Negara Brunei Darussalam (NBD), menurut statistik yang ada dalam catatan CDC, dalam 20 tahun kebelakangan ini, secara purata, kira-kira 10 orang anak damit yang dilahirkan di NBD menghidap Sindrom Down setiap tahun.

 

Sindrom Down menurutnya berlaku pada semua kaum dan semua peringkat ekonomi.

 

“Kemungkinan melahirkan kanak-kanak Sindrom Down adalah bertambah dengan meningkatnya usia ibu ketika mengandung.

 

“Tetapi disebabkan kadar kesuburan yang lebih tinggi pada wanita yang lebih muda, 51 peratus kanak-kanak dengan Sindrom Down sebenarnya adalah dilahirkan oleh wanita muda di bawah umur 35 tahun," jelasnya.

 

Menurutnya, setiap individu sindrom Down adalah insan yang unik dan mempunyai kebolehan yang berbeza kerana setiap individu adalah berlainan dan boleh menunjukkan banyak kelebihan dan bakat yang tersendiri.

 

Terangnya lagi, di antara beberapa langkah atau strategi untuk memastikan setiap individu Sindrom Down boleh mengecapi kehidupan yang memuaskan dan produktif ialah dengan penjagaan kesihatan secara keseluruhan yang baik juga intervensi awal sejak kelahiran dari segi peningkatan perkembangan.

 

Selain itu tambahnya, pemberian pendidikan yang berkualiti; persekitaran keluarga dan rumah yang positif juga yang paling penting sokongan kuat daripada keluarga, rakan-rakan, sekolah dan komuniti di sekeliling setiap individu Sindrom Down.

 

CDC kemudian meraikan kanak-kanak Sindrom Down dengan aktiviti perbarisan lalu beramai-ramai diiringi dengan muzik oleh Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sebagai tanda sokongan kepada kanak-kanak Sindrom Down.

 

Beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan juga turut serta dalam memeriahkan Majlis Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia pada hari ini.

 

Hari Sindrom Down Sedunia diraikan pada 21 Mac setiap tahun untuk menandakan terdapatnya kelebihan kepada pasangan kromosom yang ke-21 yang menyebabkan Sindrom Down.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54