Home > Bahasa Melayu
Memperluas Inisiatif Digital Kepada Warga Emas
March 22nd, 2023 | 08:51 AM | 148 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad menjelaskan bahawa kemahiran digital (connected smart nation) sudah setentunya salah satu kemahiran yang amat penting apabila kita melangkah daripada alam persekitaran yang kita terbiasa berjinak-jinak dengan internet, 'online' dan sebagainya.
Ini sudah setentunya menyumbang kepada tatacara kita mengusahakan usaha, sama ada dalam bidang perniagaan ataupun memperluas, memasarkan produk-produk kita.
“Bagi sebilangan warga emas termasuk kaola sendiri walaupun belum mencapai warga emas tapi hampir-hampir menjadi warga emas, memanglah kita tidaklah setangkas generasi-generasi baharu dalam kita menggunakan kemahiran digital dan sebagainya," jelas Yang Berhormat lagi pada Persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19, Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi hari ke-14 yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.
Semasa memberikan pencerahan mengenai pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim mengenai cadangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk memperluaskan inisiatif pendidikan digital kepada warga emas, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menambah bahawa cadangan tersebut setentunya satu cadangan yang sangat baik dan setentunya akan diteliti lagi.
“Cadangan ini sudah setentunya satu cadangan yang baik dan abis kaola di kementerian ini sudah setentunya akan meneliti cadangan ini bagaimana untuk kita menerapkan kemahiran-kemahiran asas ini kepada warga emas kita bukan sahaja di pusat-pusat warga emas tapi juga di tempat-tempat lain dan sudah setentunya kita akan bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkenaan," tambah Yang Berhormat lagi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]