FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penyediaan Perumahan Dengan Harga Mampu Milik


 


 March 22nd, 2023  |  08:56 AM  |   92 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mengenai dengan Private Public Partnership (PPP) untuk menghasilkan projek perumahan,  ia masih dalam perancangan dan kajian Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) dengan PCube.

 

Sebelum ini, disampaikan juga ada beberapa konsep yang telah diterokai bersama dan dikaji.

 

Walau bagaimanapun, belum lagi kesampaian untuk melihat satu projek dan konsep yang dipersetujui yang 'viable' terutama sekali dari segi 'economic viability'.

 

Perkara berkenaan dijelaskan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid semasa menjawab persoalan yang disuarakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN yang diadakan di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Jelas Yang Berhormat Menteri Pembangunan, salah satu antara keperluan untuk menyediakan perumahan dengan konsep PPP ini ialah harga yang dapat diterima pakai kalau dengan penglibatan sektor swasta.

 

Malah, antara satu syarat rumah ini tambah Yang Berhormat, iaitu rumah yang mampu milik dengan harga yang mampu dimiliki. Sebab itulah perkara ini memang banyak memerlukan masa untuk mencari satu formula yang 'economically viable' dan 'acceptable' kepada pihak swasta.

 

Pada masa ini tegas Yang Berhormat, JKP sedang menerokai beberapa konsep lagi untuk dikaji secara lebih mendalam lagi.

 

Menyentuh mengenai dengan JASTRe, iaitu pengurusan landskap yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi, Yang Berhormat Menteri Pembangunan berkata peruntukan yang diberikan adalah untuk pengurusan kawasan-kawasan landskap yang sedia ada dan akan digunakan untuk menambah landskap di kawasan strategik mengikut keutamaan.

 

Ini kata Yang Berhormat, termasuklah menaik taraf kawasan landskap di Daerah Temburong bermula dari pusing keliling jambatan Temburong dan sepanjang jalan menuju ke Pekan Bangar, dan kawasan-kawasan lapang yang belum dicantikkan dengan landskap.

 

Menurut Yang berhormat lagi, pada masa ini kerja-kerja mencantikkan pusing keliling Rasau yang terletak di Lebuhraya Seria Belait sedang dijalankan dan dijadualkan siap dilaksanakan pada bulan April 2023.

 

Manakala di Daerah Tutong jelas Yang Berhormat, projek menaik taraf dan mencantikkan Tatangan Taman Persiaran Waterfront Daerah Tutong dan juga kawasan berdepanan dengan Sungai Basong adalah dirancang untuk dibuat dan dijadualkan untuk selesai dilaksanakan pada bulan Jun 2023.

 

Bahkan, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) juga terang Yang Berhormat, ada mengaktifkan taklimat-taklimat dan aktiviti di 16 buah sekolah sejak tahun 2021 melalui platform Sains, Teknologi, Engineering, Design and Technology, Art and Mathematics (STEAM) Outreach Programmed yang dikendalikan oleh Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Kementerian Pendidikan di mana fokus utama yang ditekankan adalah berhubung kait dengan kebersihan dan penjagaan alam sekitar.

 

“Di sinilah melalui aktiviti ini menjadi platform yang ada berhubung kaitnya dengan 'engagement' bersama dengan pelajar-pelajar dan penuntut-penuntut sekolah.

 

“Taklimat yang diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada pelajar-pelajar akan kepentingan penjagaan alam sekitar, kesedaran bagi pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar serta pendekatan mengenai dengan inisiatif 3R (Recycle, Reuse and Reduce)," jelas Yang berhormat.

 

Dengan adanya pendekatan ini, Yang Berhormat berharap dapat menyemai rasa tanggungjawab para pelajar daripada peringkat awal lagi dan menggalakkan ke arah perubahan tabiat dan gaya hidup yang lebih mesra alam.

 

“Alhamdulillah, sambutan daripada pelajar-pelajar mengenai aktiviti ini dan juga kesedaran mengenai dengan alam sekitar dan kebersihan adalah positif daripada 'enthusiasm' yang ditunjukkan oleh para pelajar," kata Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19