Home > Bahasa Melayu
Penutupan Perkhidmatan Kaunter Pembayaran Tap
March 30th, 2023 | 06:38 AM |
88 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Tabung Amanah Pekerja (TAP) ingin memaklumkan bahawa Perkhidmatan Kaunter Pembayaran, pendaftaran dan pengeluaran di cawangan Ibu Pejabat TAP bangunan PGGMB akan ditutup pada Jumaat, 31 Mac 2023 bagi penutupan akhir Tahun Kewangan TAP 2022-2023.
Manakala, Perkhidmatan bagi kaunter pertanyaan umum dan e-Amanah pitstop pada hari tersebut adalah beroperasi seperti biasa iaitu dari 8.15 pagi sehingga 11.00 pagi.
Perkhidmatan 'online' e-Amanah, kiosk e-Info TAP dan Pusat Panggilan TAP juga akan terus beroperasi seperti biasa pada hari tersebut.
Bagi Ahli Skim Tabungan Perumahan (STP), pembayaran caruman bagi bulan Mac 203 bolehlah dibuat melalui perbankan dalam talian selewat-lewatnya pada 31 Mac 2023.
Perkhidmatan kaunter di kesemua cawangan TAP akan kembali beroperasi seperti biasa pada Sabtu, 1 April 2023.
Sebarang kesukaran yang mungkin dihadapi adalah amat dikesali dan pihak TAP amat menghargai kerjasama yang diberikan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan TAP melalui talian +673 2382929 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel di '[email protected]'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]