Home > Bahasa Melayu
BIBD Semarakkan Bulan Ramadan Dengan Membaca Surah Yaa Siin, Bertahlil
March 30th, 2023 | 06:50 AM |
122 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Kumpulan syarikat-syarikatnya hari ini mengadakan acara tahunan Majlis Bacaan Yaa Siin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja di Jalan Tutong.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin diikuti dengan Tahlil dan Doa khusus bagi ayahanda dan bonda serta anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
Bacaan Doa dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid dari Masjid Omar Ali Saifuddien, BSB, Haji Hamdini bin Haji Gharif.
Hadir di majlis tersebut ialah Penolong Mufti (Buhuth), Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mazanan bin Haji Yusof, atas kapasitinya sebagai Timbalan Pengerusi Syarikat Takaful Brunei Darussalam (Takaful Brunei) dan Pemangku Pengarah Urusan Agensi Pelaburan Brunei, Awang Haji Sofian bin Haji Mohammad Jani, atas kapasitinya sebagai Ahli Lembaga Pengarah BIBD.
Turut hadir ialah Lembaga-lembaga Pengarah BIBD dan Takaful Brunei; Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri serta Pengarah Urusan dari BIBD At-Tamwil dan Takaful Brunei bersama-sama pihak pengurusan dan kakitangan dari BIBD, BIBD At-Tamwil dan Takaful Brunei.
Majlis Bacaan Yaa Siin dan Tahlil ini adalah sebahagian daripada acara keagamaan tahunan yang diungkayahkan oleh pihak bank pada setiap bulan Ramadan bertujuan untuk memperbanyakkan amal soleh dan memohon keberkatan Allah Subhanahu Wata'ala, di samping mengingati mereka yang telah kembali ke rahmatullah dan selain itu dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim kalangan pegawai dan kakitangan bank.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]