FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Usaha Mempercepat Tindakan Untuk Mencapai SDG


 


 April 1st, 2023  |  07:56 AM  |   128 views

THAILAND

 

Hanya tinggal tujuh tahun sahaja lagi untuk mencapai Matlamat Pembangunan Yang Berdaya Tahan (Sustainable Development Goals - SDG).

 

Ketua-ketua Negara akan berkumpul pada Sidang Kemuncak SDG pada bulan September 2023 bagi meninjau langkah-langkah strategik ke arah mempercepatkan agenda pembangunan SDG.

 

ASEAN mempunyai peranan penting dalam perbincangan peringkat tertinggi dan berpeluang untuk mempamerkan pencapaian dalam visi Komuniti ASEAN 2025 yang melengkapkan SDG. ASEAN juga berpeluang untuk menyampaikan hasrat tindakan bersepadu bagi rantau ini.

 

Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha Tetap (Wawasan) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelarasan Kebangsaan SDG bagi Negara Brunei Darussalam (NBD), semasa menyampaikan kenyataan NBD bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Dialog Menteri-menteri ASEAN mengenai usaha mempercepatkan tindakan untuk mencapai SDG atau ASEAN Ministerial Dialogue in Accelerating Actions to Achieve the SDG (AMDSDG) Ke-2 di Bangkok, Thailand, hari ini.

 

Setiausaha Tetap (Wawasan) JPM menekankan mengenai tindakan yang boleh diterokai dengan cepat dan mudah oleh ASEAN bagi memperkukuh lagi pelaksanaan ke arah mencapai 17 matlamat SDG.

 

Dalam perkara ini, semua tindakan berkaitan SDG di bawah visi Komuniti ASEAN 2025 perlu disejajarkan untuk membantu dalam memahami jurang yang perlu diatasi.

 

Dengan persefahaman yang lebih menyeluruh, ASEAN akan berada dalam kedudukan yang lebih kukuh untuk menggerakkan sumber dengan lebih cekap dan berkesan. Landasan atau mekanisma kerjasama dengan Rakan Dialog ASEAN dan entiti bukan kerajaan ASEAN juga disentuh.

 

Perkara ini adalah bersandarkan kepada pengalaman dan pencapaian kebangsaan melalui kerjasama pelbagai rakan kongsi SDG, termasuk belia yang berusaha sama dalam memperkukuh kemajuan dalam mencapai SDG, memupuk perkongsian yang kukuh dan inklusif sepertimana yang diperlukan dalam usaha pembangunan mampan.

 

Ke arah itu, ASEAN perlu meneroka cara untuk mendukung dan melengkapi usaha pihak berkepentingan dalam memantau dan menilai kemajuan SDG; berkongsi amalan terbaik untuk meneroka potensi kerjasama serantau dan meneroka potensi pembiayaan pembangunan mampan. Ini akan menjadi pemacu penting bagi menjana lebih banyak kemajuan dalam merealisasikan SDG.

 

Dalam pada itu, ASEAN perlu meningkatkan kesedaran dan jangkaan terhadap cabaran baharu dan yang akan muncul. Ini akan membantu menangani perubahan yang tidak dapat diramalkan, mengurus ancaman dan mengambil peluang bagi mengoptimasikan peralihan kepada pembangunan mampan.

 

Secara keseluruhannya, lebih banyak usaha diperlukan untuk menerapkan pemikiran masa depan dan berpandangan jauh untuk menangani cabaran global yang mendesak dalam dekad akan datang.

 

Dialog dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Menteri di JPM, Thailand, Tuan Yang Terutama Anucha Nakasai selaku Pengerusi Bersama dan Setiausaha Autoriti Ekonomi dan Pembangunan Kebangsaan, Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Arsenio M. Balisacan diikuti dengan ucapan dari Ketua Setiausaha ASEAN, Tuan Yang Terutama Dr. Kao Kim Hourn.

 

Turut menghadiri Dialog itu ialah Menteri-menteri, Timbalan-timbalan Menteri dan Pegawai-pegawai Kanan dari Negara Anggota ASEAN. Dialog berkenaan telah mempertimbangkan Terma Rujukan AMDSDG dan juga kenyataan bersama yang menggariskan hasil Dialog berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19