FacebookInstagramTwitterContact

 

Consumer Price Index, March 2024           >>           FIFA Seals Closer Saudi Ties With World Cup Aramco Deal           >>           Official Visit to the Kingdom of Thailand           >>           RBPRC Monthly Polo Tournament 2024           >>           China's Tiangong Space Station Damaged By Debris Strike: Report           >>           Wacom's first OLED pen display is also the thinnest and lightest it has ever made           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           How Al Pacino's Girlfriend Noor Alfallah Celebrated His 84th Birthday           >>           OpenAI's Sam Altman and other tech leaders join the federal AI safety board           >>           Ellen Degeneres Says She Was "Kicked Out Of Show Business" For Being "Mean"           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Martabatkan Seni Warisan Tanah Air


 


 April 1st, 2023  |  07:57 AM  |   227 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Yayasan Seni Zakaria Omar (Zakaria Omar Arts Foundation - YSZO) petang tadi mengadakan Bicara Seni bersama Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, juga Ketua Kampung Sengkarai sebagai Ahli Panel Khas bagi sesi bicara tersebut.

 

Bicara Seni diadakan sempena Pameran Seni Visual dan Bazar Amal untuk Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria yang berlangsung sejak 19 Mac lalu dan berakhir pada 1 April 2023 bertempat di Mabohai Shopping Complex.

 

Menurut Yang Berhormat Awang Abdul Aziz, beliau juga adalah salah seorang penggiat seni tanah air dan juga masih bergiat aktif di dalam aktiviti-aktiviti seni yang diadakan di peringkat nasional mahu pun di peringkat daerah.

 

“Darah seni saya bermula sejak saya remaja lagi apabila berpeluang merakamkan album lagu berjudul Rasa Hati.

 

“Selain daripada itu, saya juga seorang penulis novel, buku cerita dan legenda kanak-kanak seperti Kasih yang hilang, Akibat berbohong dan Anjung Si Untak," katanya.

 

Dalam masa yang sama katanya, beliau juga terlibat dan rakan-rakan kreatifnya yang lain di dalam mengungkayahkan Persembahan Khas yang dipersembahkan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di peringkat Daerah Tutong.

 

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz juga adalah salah seorang Ahli Badan Kesenian dan Kebudayaan Daerah Tutong (B2K) dan Ahli Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong (BKKT) yang antara 'co-business'nya juga terlibat secara langsung di dalam memartabatkan dan memperkenalkan seni tanah air agar terus dinikmati oleh masyarakat kitani khususnya generasi baharu serta hidup subur hingga zaman berzaman.

 

Menyentuh mengenai pada Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara yang lalu, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz telah pun membawa suara para penggiat seni tempatan di dewan yang mulia berkenaan dengan penubuhan akademi semasa sesi pembahasan belanjawan kerajaan tahun 2023 dengan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

 

Antara lain beliau menyentuh berkenaan dengan hala tuju dan kemajuan seni dan kebudayaan Negara Brunei Darussalam (NBD) yang mana negara kita sememangnya kaya dengan khazanah dan warisan seni serta budaya yang diwarisi sejak zaman berzaman.

 

Tegas Yang Berhormat Awang Abdul Aziz, sememangnya adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memartabatkan seni warisan ini dan usaha ke arah memperkasakannya adalah penting ke arah menyumbang kepada pembangunan industri kreatif tempatan.

 

Penubuhan akademi itu tambahnya, pernah dibincangkan dengan pihak kerajaan bersama penggiat-penggiat seni tempatan yang bertujuan sebagai wadah ke arah kemajuan seni dan kebudayaan NBD.

 

Tujuan Bicara Seni diadakan adalah bagi memartabatkan kegiatan-kegiatan Para Penggiat Seni Tanah Air agar terus menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan Seni di NBD.

 

Juga hadir, Pengasas Yayasan Seni Zakaria Omar dan Pengerusi Majlis Bicara Seni, Awang Zakaria bin Omar; Penasihat Majlis Bicara Seni, Dato Paduka Haji Haini bin Haji Hashim; dan Awang Haji Firdaus bin Orang Kaya Kaya Haji Nordin selaku Moderator Bicara Seni.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54