FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


KDYMM Berkenan Kurniakan Ijazah dan Sijil Kepada Graduan UNISSA


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berkenan mengurniakan Doktor Falsafah Syariah kepada Awang Haji Mohammad Aidil Yusrie bin Haji Shari. |FOTO: PELITA BRUNEI : (Haji Ariffin Mohd. Noor, Masri Osman, Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Azmah Haji Ahad)

 


 October 23rd, 2016  |  11:20 AM  |   950 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sabtu, 22 Oktober. - Seramai 219 graduan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerima ijazah dan sijil dalam pelbagai bidang dan peringkat pengajian pada Majlis Hafl Al-Takharruj Keenam berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

 

Berangkat mengurniakan ijazah dan sijil berkenaan ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

 

221016 UNISSA AMIRUL-2

 

KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ' Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor  UNISSA berkenan berangkat ke Majlis Hafl Al-Takharruj Keenam UNISSA. Juga berangkat Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda  (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah, Pro-Canselor UNISSA.

 

Juga berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro-Canselor UNISSA.

 

Keberangkatan Kebawah DYMM di sini dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman yang juga selaku Pengerusi Majlis UNISSA dan Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.

 

221016 UNISSA MASRI-14

221016 UNISSA AZMAH-23

KEBAWAH DYMM berkenan mengurniakan ijazah dan sijil kepada para graduan.

221016 UNISSA AZMAH-26

221016 UNISSA MASRI-19

 

Sejurus keberangkatan tiba, selawat dan qasidah (dikir) 'Ahlan Bikum Sultana' berkumandang mengiringi perarakan masuk Kebawah DYMM dan DYTM ke Dewan Plenari dan diikuti Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan'.

 

Hafl Al-Takharruj diimarahkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran iaitu Surah Faatir ayat 29 hingga 35, dibacakan oleh graduan program Sarjana Muda Syariah Fiqh dan Usul, Awang Mohammad Dini bin Haji Morsidi manakala bacaan Al-Hadith Al-Nabawi, disampaikan oleh graduan Sarjana Muda Bahasa Arab, Awang Mohammad Fakrul Amirin bin Ismail sementara inti sari ayat Al-Quran berserta Al-Hadith dibacakan oleh graduan Program Sarjana Muda Undang-Undang dan Sarjana Muda Perundangan Syariah, Awang Mohd. Kamal Ariffin bin Ismail.

 

221016 UNISSA MASRI-26

 

KEBAWAH DYMM semasa berkenan beramah mesra bersama-sama dengan jemputan dari luar negara yang dijemput pada Majlis Konvoksyen UNISSA tersebut.

 

221016 UNISSA AZMAH-40

 

PARA graduan tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan gambar kenangan bersama Kebawah DYMM.

 

Pada majlis itu, Kebawah DYMM berkenan mengurniakan titah dan seterusnya menyempurnakan pengurniaan ijazah dan sijil kepada para graduan kali ini.

 

Sementara itu, Rektor UNISSA juga menyembahkan sembah alu-aluan dan kemudiannya memaklumkan penerima-penerima Pingat dan Hadiah Buku Universiti serta para penyumbang sempena Hafl Al-Takharruj Ke-6 ini.

 

221016 UNISSA MASRI-25

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berkenan bergambar ramai bersama tenaga pensyarah dan ahli-ahli akademik UNISSA.

 

Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM dan DYTM juga berkenan mengabadikan kenangan bergambar ramai bersama para graduan.

 

221016 UNISSA AZMAH-13

 

HAFL  Al-Takharruj diimarahkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh graduan program Sarjana Muda Syariah Fiqh dan Usul, Awang Mohammad Dini bin Haji Morsidi (tengah) manakala bacaan Al-Hadith Al-Nabawi disampaikan oleh graduan Sarjana Muda Bahasa Arab, Awang Mohammad Fakrul Amirin bin Ismail sementara inti sari ayat Al-Quran berserta Al-Hadith dibacakan oleh graduan Program Sarjana Muda Undang-Undang dan Sarjana Muda Perundangan Syariah, Awang Mohd. Kamal Ariffin bin Ismail.

 

Hafl Al-Takharruj tahun ini menyaksikan dua graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah, 28 graduan Ijazah Sarjana, sembilan penerima Program Diploma Perundangan Islam dan Guaman Syari'e, 12 penerima Diploma Lepas Ijazah, 94 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda, 36 Ijazah Khas Hafaz Al-Quran 30 Juzuk, lima Ijazah Diploma Tertinggi Kebangsaan dan 33 penerima Sijil Barnamij al-Tarqiyah (Program Peningkatan) dan Sijil Sistem Keadilan Jenayah Syariah.

 

221016 UNISSA AZMAH-5

 

SEBAHAGIAN daripada para graduan yang menerima ijazah dan sijil mereka pada Hafl Al-Takharuj keenam (atas dan bawah).

 

221016 UNISSA AZMAH-6

 

Dari jumlah tersebut, Fakulti Syari'ah dan Undang-Undang buat julung-julung kalinya telah melahirkan seramai sepuluh graduan yang pertama berjaya mengikuti Program Dwi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Sarjana Muda Perundangan Syari'ah (LL.B dan BSL) yang mengambil masa pengajian selama lima tahun dan juga 26 graduan Program Sijil Sistem Keadilan Jenayah Syari'ah yang mendapat sambutan daripada para pengamal undang-undang di negara ini.

 

Kedua program itu adalah sebagai platform pengajian serta pemangkin ke arah memantapkan lagi usaha negara dalam pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah 2013.

 

221016 UNISSA AZMAH-35

 

SENYUMAN gembira terukir setelah menerima ijazah dan sijil masing-masing (atas dan bawah).

 

221016 UNISSA AZMAH-37

Selain itu, UNISSA dengan kerjasama Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah buat julung kalinya menganugerahkan 36 graduan bagi menerima Ijazah Khas Hafaz Al-Quran 30 Juzuk.

 

Pengurniaan itu adalah atas kesedaran bahawa para huffaz di negara ini perlu diberikan pengiktirafan dan penghargaan yang sewajarnya kepada mereka.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17