FacebookInstagramTwitterContact

 

Arctic Root Shows Potential For Relieving Burnout Symptoms           >>           Lifting Weights Can Improve Survival Of Lung Cancer Patients           >>           Research Shows Kampo Medicine Can Improve Kidney Health           >>           Tom Cruise Steps Out With His And Nicole Kidman’s Son Connor For Rare Outing In London           >>           Pink's Reaction To Daughter Willow Leaving Her Tour To Pursue Theater Shows Their True Love           >>           Boeing's Starliner Spacecraft Still Doesn't Have A Landing Date, NASA Says           >>           The AI Prison Of The Future Is Just An Outer Limits Episode           >>           Amazon Reportedly Investigating Perplexity AI After Accusations It Scrapes Websites Without Consent           >>           Iphone Users Won’t Lose True Tone, Other Features After Third-Party Repairs           >>           Sri Lanka Secure The Spoils In Opening Under-19 ODI At Chelmsford           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kurnia Peribadi Beri Makna Sangat Berharga Kepada Rakyat


 


 April 6th, 2023  |  07:52 AM  |   106 views

BELAIT

 

Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memberi makna yang sangat berharga kepada rakyat dan penduduknya khususnya golongan tertentu dalam membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Syawal yang bakal menjelang tiba.

 

Pengurniaan Kurnia Peribadi ini juga berupaya untuk menampung perbelanjaan seharian para penerima mahupun dijadikan sebagai simpanan untuk kegunaan yang lainnya.

 

Pelita Brunei membuat temu bual bersama beberapa orang penerima pada Majlis Penyampaian Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada golongan tertentu bagi Daerah Belait yang diadakan di Dewan Insani, Seria, di sini.

 

Dayang Nordina Asyura binti Nas Saruddin yang berumur 17 tahun dari Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampung Mumong, yang tergolong sebagai penerima Golongan Orang Berkeperluan Khas (OBK) menzahirkan menjunjung kasih ke hadapan majlis baginda di atas kemurahan hati baginda memberikan Kurnia Peribadi.

 

Beliau turut mendoakan agar baginda dan kerabat diraja sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat.

 

“Saya bersyukur kerana dengan adanya kurnia tersebut akan dapat digunakan untuk perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri dan selebihnya disimpan ke dalam akaun peribadi," tambah beliau.

 

Sementara itu, bagi Dayang Damia Abriyah Syahidah binti Suria yang berumur 10 tahun yang menetap di Kampung Lumut juga menzahirkan menjunjung kasih ke hadapan majlis baginda.

 

“Kurnia tersebut akan digunakan dengan sebaik-baiknya, terutama dalam membeli barang-barang keperluan yang tertentu bagi persiapan menyambut Hari Raya yang bakal tiba, selain digunakan untuk membeli barang keperluan sekolah anak saya di Sekolah Rendah Sungai Tali di Tahun 5 dan selebihnya akan saya simpan untuk keperluan pada masa akan datang," jelas ibunya yang menemani anaknya yang terdiri daripada golongan OBK.

 

Manakala penerima golongan tertentu, Dayang Nur 'Afina Batrisyia binti Afindey dari Kampung Pandan dan bersekolah di Sekolah Menengah Dipa Negara menzahirkan rasa bersyukur kerana mempunyai raja yang sangat prihatin dan beliau sangat menjunjung kasih di atas pengurniaan Kurnia Peribadi tersebut dan berhasrat akan menyimpan kurnia tersebut ke dalam akaun simpanan dan sebahagiannya akan dibelanjakan untuk keperluan Hari Raya.

 

Bagi Awang Md. Syazwi bin Md. Izzwan Husaini yang menetap di Kampung Katok, juga penerima dari golongan tertentu juga menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas Kurnia Peribadi baginda. Jelasnya, kurnia berkenaan akan beliau simpan untuk menampung perbelanjaan di kemudian hari nanti.

 

Sementara itu, Dayang Siti Sulaimah binti Abdullah Lansang, 84 tahun yang menetap di STKRJ Kampung Mumong penerima Golongan Bantuan Kebajikan Bulanan.

 

Kurnia tersebut akan digunakan dengan sebaik-baiknya terutama dalam membeli barang-barang keperluan yang tertentu bagi persiapan menyambut Hari Raya yang bakal tiba.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Singapore Charges Activists Over Pro-Palestinian Letters

 2024-06-29 01:45:00

M&S To Launch Clothing Repairs Service

 2024-06-29 09:32:15