FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


NBD Akan Menyertai Sukan SEA Ke-32, Kemboja 2023


 


 April 12th, 2023  |  07:32 AM  |   629 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara Brunei Darussalam (NBD) akan menghantar kontinjen bagi menyertai Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-32 yang akan diadakan di Kemboja secara rasminya bermula 5 hingga 17 Mei 2023.

 

Ini merupakan kali pertama Kemboja menganjurkan Sukan SEA dan bagi edisi ke-32 berkenaan, tuan rumah, iaitu Cambodia SEA Games Organising Committee (CAMSOC) selaku pengelola dengan slogan 'Sports Live in Peace' dan memaparkan 'emblem' yang mengambil inspirasi sejarah dan warisan Kerajaan Kemboja, iaitu 'Angkor Wat'.

 

Sehubungan itu, Sidang Media Sukan SEA Ke-32, Kemboja 2023, diadakan pagi tadi bertempat di Bilik Mesyuarat At-Taufik, Tingkat 6, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), di sini.

 

Berkenan berangkat ke sidang media berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan NBD (BDNOC).

 

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad; Setiausaha Tetap (Kesukanan), KKBS, Pengiran Mohd. Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Pemangku Pengarah Pembangunan Belia dan Sukan, KKBS, Dayang Zainab binti Haji Morsidi; dan Pengarah Belia dan Sukan, KKBS, Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim.

 

Sidang media berkenaan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz.

 

Setiausaha Tetap (Kesukanan), KKBS,  dalam sembah ucapannya menjelaskan, CAMSOC memaklumkan bahawa sebanyak 37 sukan akan dipertandingkan, yang mengandungi sebanyak 51 cabang sukan dan mempertandingkan sebanyak 581 acara.

 

Terdapat lima tempat, iaitu 'clusters' bandar yang akan terlibat dalam mengendalikan pertandingan di sekitar Kemboja, iaitu bandar raya Phnom Penh; Siam Reap; Sihanoukville; Prek Kompot; dan Kep.

 

Pada tahun ini ujarnya, adalah penyertaan NBD kali ke-26 ke temasya Sukan SEA, dan setelah mendapat kebenaran dari KKBS dan disahkan oleh BDNOC, NBD akan menyertai 12 acara sukan dengan keramaian kontinjen berjumlah 100 orang yang terdiri daripada 65 orang atlet dan 35 orang pegawai termasuk Chef de Mission, Assistant Chef de Mission, Ketua Urus Setia, Pegawai Urus Setia, Pegawai Perhubungan, pengurus pasukan, jurulatih, doktor, fisioterapi dan pegawai perubatan.

 

Kontinjen negara diketuai oleh Pemangku Pengarah Pembangunan Belia dan Sukan, KKBS, Dayang Zainab binti Haji Morsidi selaku Chef de Mission.

 

Menurutnya, 12 jenis sukan yang akan disertai, iaitu Aquatics Swimming seramai empat orang atlet lelaki; olahraga seramai dua orang atlet lelaki; badminton seramai enam orang atlet, iaitu empat orang lelaki dan dua orang wanita; Billiards & Snooker seramai dua orang atlet lelaki; E-Sports seramai lima orang atlet lelaki; Fencing seramai empat orang atlet, iaitu tiga orang lelaki dan seorang wanita; Karatedo seramai 12 orang atlet, iaitu sembilan orang lelaki dan tiga orang wanita; Obstacle Race pula seramai lima orang atlet lelaki; Pencak Silat seramai 10 orang atlet, iaitu tujuh orang lelaki dan tiga orang wanita; Petanque seramai enam orang atlet, iaitu lima orang lelaki dan seorang wanita; Weightlifting seramai dua orang atlet, iaitu seorang lelaki dan seorang wanita; dan Wushu seramai tujuh orang atlet, iaitu lima orang lelaki dan dua wanita.

 

Turut dikongsikan semasa sidang media berkenaan ialah majlis-majlis rasmi yang akan melibatkan kontinjen NBD, iaitu Penyerahan Bendera NBD kepada kontinjen NBD ke Sukan Asia Tenggara ke-32, 2023 akan diadakan pada Isnin 1 Mei 2023, pada jam 2.00 petang bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah; Team Welcoming Ceremony akan berlangsung pada Khamis 4 Mei 2023 (waktu pagi) yang akan diadakan di dalam kawasan Sports Village Morodok Techo; Upacara Pembukaan Rasmi Sukan Asia Tenggara Ke-32, 2023 akan berlangsung pada Jumaat, 5 Mei 2023 bertempat di Morodok Techo National Stadium, Phnom Penh dijangka bermula pada jam 7.00 malam; dan Upacara Penutupan Rasmi Sukan Asia Tenggara Ke-32, 2023 akan berlangsung pada Rabu, 17 Mei 2023 di tempat yang sama, iaitu di Morodok Techo National Stadium, Phnom Penh yang dijangka akan bermula pada jam 7.00 malam.

 

Juga dikongsikan ialah persiapan atlet yang giat dijalankan pada masa ini yang mana empat sukan, iaitu Wushu; Fencing; dan Billiard & Snooker ketika ini sedang menjalani latihan intensif di luar negeri manakala, Obstacle Race akan menjalani uji cuba latihan (simulation).

 

Sementara itu, lapan jenis sukan yang lain sedang giat menjalani latihan intensif dalam negeri setelah kembali daripada kejohanan-kejohanan uji cuba di luar negeri sebagai salah satu persiapan mereka menjelang Sukan SEA nanti.

 

Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah Berakas disediakan bagi sukan-sukan yang memerlukan kemudahan tempat tinggal.

 

Terdahulu itu, Pengiran Mohd. Amirrizal menyembahkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui KKBS di atas kebenaran yang diberikan bagi menyertai Sukan SEA Ke-32, Kemboja 2023.

 

Beliau turut menyembahkan setinggi penghargaan juga disembahkan atas keprihatinan, sokongan berterusan dan kerjasama BDNOC khususnya pengesahan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden BDNOC bagi penyertaan para atlet menyertai sukan berkenaan.

 

NBD mula mengambil bahagian pada Sukan SEA pada tahun 1977 dan pencapaian terbaik ialah semasa negara menjadi tuan rumah pada tahun 1999 dengan meraih empat pingat emas, 12 pingat perak dan 32 pingat gangsa.

 

Pada kejohanan Sukan SEA Ke-31 di Hanoi, Vietnam 2021, pasukan negara mengutip satu pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa dan dua sukan yang menyumbang pingat berkenaan, iaitu Wushu dan Pencak Silat.

 

Kontinjen negara dijangka akan bertolak ke Phnom Penh, Kemboja secara berperingkat-peringkat bermula pada 30 April 2023 dan Majlis Penyerahan Bendera NBD kepada kontinjen negara pula akan diadakan pada 1 Mei 2023.

 

Orang ramai dialu-alukan untuk memberi sokongan kepada kontinjen negara dalam menyertai kejohanan sukan yang berprestij di rantau ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06