FacebookInstagramTwitterContact

 

Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>           Joe Biden signs the bill that could ban TikTok in the United States           >>           EU's new right-to-repair rules force companies to repair out-of-warranty devices           >>           Yokohama F. Marinos Do It The Hard Way But They Are Finally In An AFC Champions League Final           >>           Hernán Crespo Exacts Revenge On Al Hilal As Al Ain Reach AFC Champions League Final           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ekspedisi Berbasikal 2016 Galak Amalan Hidup Sihat


MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah (baju putih ); Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi (baju kuning di hadapan) bersama orang ramai dalam Ekspedisi Berbasikal sejauh 56km sempena Ulang Tahun Ke-18 Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB),Tutong. |FOTO: PELITA BRUNEI (Hernie Suliana Haji Othman)

 


 October 24th, 2016  |  09:59 AM  |   1406 views

TUTONG

 

Ahad, 23 Oktober. - Lebih 700 orang yang pengemar aktiviti berbasikal menyertai Ekspedisi Berbasikal 2016 yang diadakan buat julung kalinya oleh Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong dengan kerjasama Tutong Cycling Team.

 

Dua laluan berbeza telah dikhaskan bagi acara ekspedisi berbasikal tersebut iaitu laluan Ekspedisi A (20 Kilometer) dan laluan Ekspedisi B (56 Kilometer).

 

Hadir menyertai dan seterusnya memeriahkan lagi suasana ekspedisi berbasikal bagi laluan Ekspedisi B ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi; Setiausaha Tetap di JPM, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Juanda bin Haji Abdul Rashid dan Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar) Kementerian Kesihatan, Dr. Awang Hazri bin Haji Kifle.

 

Pada acara tersebut, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Dr. Haji Zakaria bin Haji Serudin menyempurnakan perlepasan laluan Ekspedisi A dan B.

 

Antara yang menyertai laluan Ekspedisi A ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adanan bin Haji Adam, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan orang perseorangan.

 

Juga hadir, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) Kementerian Kesihatan, Dr. Hajah Maslina binti Haji Mohsin.

 

231016 HERNIE2 EKSPEDISI

PEMANGKU Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adnan bin Haji Adam (dua dari hadapan) menyertai sama Ekspedisi Berbasikal sempena Ulang Tahun Ke-18 Hospital PMMPMHAMB.

 

Laluan Ekspedisi A yang berjarak lebih kurang 20km telah bertolak dari jam 7.30 pagi yang mana laluannya bermula dari kawasan lapang pentas perayaan Daerah Tutong (berdepanan dengan bangunan Pusat Pengasingan Kebangsaan Tutong) menuju ke Lebuhraya Tutong dan seterusnya melintasi beberapa buah kampung sebelum kembali semul ke Hospital PMMPMHAMB.

 

Para peserta juga mengambil kesempatan untuk singgah berhenti seketika di hadapan kawasan Sungai Tutong di Pekan Tutong untuk berehat dan bergambar ramai.

 

Manakala laluan Ekspedisi B pula berjarak lebih kurang 56km yang mana peserta yang mengikuti laluan ini mula bergerak dari kawasan lapang pentas perayaan Daerah Tutong pada jam 6.30 pagi dan menghala ke Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien melalui lebuhraya Muara-Tutong, lebuhraya Tungku, melintasi beberapa jalan seperti Jalan Perdana Menteri dan Jalan Sultan, dan akhirnya menamatkan perjalanan di taman berkenaan untuk memeriahkan lagi suasana acara 'Bandarku Ceria, Hari Tanpa Kereta' di Bandar Seri Begawan.

 

Para peserta juga mengambil kesempatan untuk singgah berhenti seketika di Kawasan Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam untuk berehat dan bergambar ramai bukan sahaja sesama peserta ekspedisi, malah juga bersama peserta-peserta yang menyertai UBD Convo Run and Cycle 2016.

 

Di penghujung destinasi laluan B, para peserta telah dianugerahkan sijil penyertaan khas bagi laluan Ekspedisi B sebagai tanda pencapaian yang telah dilakukan.

 

Ekspedisi yang bertemakan 'Riadah Berbasikal Untuk Kesihatan' adalah bersempena dengan memperingati Sambutan Ulang Tahun ke-18 pembukaan rasmi Hospital PMMPMHAMB yang mula beroperasi pada 11 Ogos 1998, di samping menggalakkan amalan cara hidup sihat dan memberikan peluang kepada orang ramai untuk bergiat dalam aktiviti sukan dan sama-sama mendokong visi Kementerian Kesihatan 'Ke Arah Warga Sihat'.

231016 HERNIE4 EKSPEDISI

HAJI Ahmad Mahyuddin bin Dato Paduka Haji Abdul Wahab.

231016 HERNIE5 EKSPEDISI

SEORANG peserta ekspedisi berbasikal Haji Aminuddin bin Haji Abdul Karim.

 

Acara pag itu turut diadakan bagi memperingati sambutan hari-hari penting dalam kalendar Kesihatan Sedunia bagi bulan Oktober seperti Bulan Kesedaran Kanser Payudara (1-31 Oktober), Hari Penglihatan Sedunia (9 Oktober), Hari Kesihatan Mental Sedunia (10 Oktober) dan Hari Osteoporosis Sedunia (20 Oktober).

 

Dalam pada itu pelbagai aktiviti lain juga diadakan di kawasan lapang pentas perayaan daerah ini, selain aktiviti ekspedisi berbasikal, aktiviti pemeriksaan kesihatan, kutipan tabung kebajikan perubatan, penyampaian sijil penghargaan kepada para penyumbang acara dan cabutan hadiah bertuah.

 

Awang Haji Ahmad Mahyuddin bin Dato Paduka Haji Abdul Wahab, 53, semasa diwawancara menjelaskan beliau merasa gembira kerana bagi Ekspedisi Berbasikal 2016, beliau bersama 20 orang lagi telah dilantik sebagai Pengawas (marshall) bagi mengawasi pergerakan peserta-peserta yang menyertai ekspedisi berbasikal kali ini.

 

Sementara itu, bagi Awang Haji Aminuddin bin Haji Abdul Karim, salah seorang peserta Ekspedisi Laluan A menjelaskan beliau bersama 15 ahli Ekspedisi Berbasikal Sukarelawan Tutong menyertai ekspedisi ini bagi menimba pengalaman. Jelasnya, mereka sering menyertai ekspedisi berbasikal yang dikendalikan di daerah ini.

 

Menyentuh mengenai latihan berbasikal pula, mereka menjalani latihan pada hari kelepasan awam dalam 30-45 minit untuk memantapkan kecergasan dari segi fizikal dan mentaliti mereka.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19