FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Abdul Kadir dan Dr. Adam Juarai Golf Terima Kasih Cikgu


MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menyampaikan piala rebutan kepada juara keseluruhan 'Overall Gross' Awang Abdul Kadir bin Abdul Ghani.

 


 October 24th, 2016  |  10:01 AM  |   1196 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahad, 23 Oktober. - Awang Abdul Kadir bin Abdul Ghani muncul juara keseluruhan 'Overall Gross' Kejohanan Golf Terima Kasih Cikgu Sempena Hari Guru Kali Ke-26 setelah berjaya mengumpul 69 mata pada perlawanan yang berlangsung di Kelab Golf Penerbangan Diraja Brunei, di sini.

 

Manakala Dr. Adam bin Haji Jait berjaya menjuarai keseluruhan 'Overall Nett' setelah mengumpul 65 mata.

 

Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah pada majlis penutup kejohanan tersebut.

 

Bagi Kategori Senior pula, juara keseluruhan 'Overall Gross' disandang oleh Liew Yong Kim dengan mengutip 83 mata, sementara juara keseluruhan 'Overall Nett' dimenangi oleh Awang Haji Sabri bin Haji Naweh setelah berjaya mengumpul 69 mata.

 

Sementara dalam Kategori VIP, Dato Paduka Sheikh Haji Adnan bin Sheikh Mohammad muncul juara keseluruhan 'Overall Gross' setelah berjaya mengumpul 87 mata, manakala Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Ahmad bin Haji Jumat menjadi juara keseluruhan 'Nett Gross' dengan 66 mata.

 

231016 GOLF SYIAR-4

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman menyampaikan hadiah kepada juara keseluruhan 'Overall Nett', Dr. Adam bin Haji Jait.

 

Kejohanan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan tersebut dibukakan kepada semua warga yang sedang dan pernah berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Negara Brunei Darussalam termasuk yang telah bersara dan juga para jemputan dan telah berjaya menarik lebih daripada 100 orang penyertaan.

 

Kejohanan dibahagikan kepada Kategori VIP (Menteri / Mantan Menteri dan Timbalan Menteri / Mantan Timbalan Menteri, Ketua Hakim Syarie, Setiausaha Tetap (SUT), Duta-Duta, Naib Canselor, Rektor, Ra'es, dan Timbalan SUT yang telah berkhidmat di Kementerian Pendidikan dan KHEU dan yang telah bersara), Kategori Jemputan dan Penaja, Kategori Senior (66 tahun ke atas), Divisyen'A' bagi handicap 0-10, Division 'B' bagi handicap 11-18 dan Division 'C' bagi handicap 19-24.

 

Kejohanan tersebut antara lain bertujuan untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Guru Kali Ke-26 melalui aktiviti penganjuran sukan dan untuk mengeratkan hubungan silaturahim kalangan warga Kementerian Pendidikan dan KHEU yang sedang berkhidmat, pernah dan yang telah bersara.

 

Turut hadir ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman; dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17