Home > In The Court
Dihukum Penjara Kerana Tinggal Lebih Masa
April 16th, 2023 | 07:25 AM | 808 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara dan denda sebanyak BND2,000 sebagai ganti sebat ke atas seorang lelaki warganegara Indonesia, atas satu pertuduhan di bawah Bab 15(1) Akta Imigresen, Penggal 17.
Walau bagaimanapun, Faza Santoso, 51 tahun, gagal membayar denda tersebut, maka hukuman dua bulan penjara ditambah dan menjadikan jumlah keseluruhan hukuman iaitu 10 bulan pemenjaraan.
Hukuman ke atas Faza Santoso diputuskan oleh Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni di Mahkamah Majistret, di sini.
Defendan adalah pemegang Pas Lawatan dan telah tinggal lebih masa di Negara Brunei Darussalam selama tempoh 2,953 hari.
Defendan ditangkap dalam Ops Sakat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) 39/2023 yang dijalankan baru-baru ini di sebuah bilik sewa Jalan Haji Halus, Kampung Bunut.
Dalam siasatan mendedahkan bahawa defendan memasuki ke Negara Brunei Darussalam pada 25 Februari 2015 melalui Pos Kawalan Kuala Lurah dan Pas Lawatan defendan berakhir sehingga 4 Mac 2015. Semasa berada di negara ini, defendan telah bekerja sebagai 'freelance'.
Ini adalah kesalahan pertama defendan di bawah Akta Imigresen.
Pendakwaan dikendalikan oleh pihak Pendakwa Raya di JIPK, Mohd. Zul Azri bin Haji Ranee.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]